Gut-Brain Axis: Harapan Baru untuk Alzheimer dan Parkinson Melalui Sokongan Usus, Imun dan Nutrisi Otak
Dalam beberapa tahun terakhir, semakin banyak kajian saintifik membuktikan bahawa otak kita tidak berfungsi secara berasingan — ia sangat bergantung kepada kesihatan usus. Konsep ini dikenali sebagai gut-brain axis, iaitu hubungan dua hala antara sistem penghadaman dan sistem saraf pusat. Untuk penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson, penemuan ini membuka harapan baharu dalam rawatan sokongan dan pemulihan.
Gut-Brain Axis: Usus yang Bocor, Otak yang Meradang

Sistem penghadaman dan otak saling berkomunikasi melalui saraf vagus, hormon, dan sistem imun. Bila dinding usus menjadi bocor (leaky gut) akibat pemakanan, stres, ubatan atau mikrobiota tak seimbang, bahan toksik dan sisa makanan tak hadam boleh memasuki salur darah dan akhirnya sampai ke otak.
Kajian menunjukkan bahawa toksin ini boleh mencetuskan keradangan kronik dalam otak, yang seterusnya menyumbang kepada pengumpulan protein toksik seperti beta-amyloid dalam Alzheimer dan alpha-synuclein dalam Parkinson.
“Gut microbiota and intestinal permeability contribute to neuroinflammation and neurodegenerative diseases” — Frontiers in Immunology, 2021
Produk seperti N’exBio, yang mengandungi prebiotik, probiotik dan postbiotik, membantu menutup semula kebocoran usus dan menstabilkan mikrobiota. Ini secara langsung mengurangkan tekanan pada sistem imun dan menurunkan keradangan yang berlebihan dalam sistem saraf pusat.
Strain Probiotik Terpilih dari Chr. Hansen: Asas Kukuh untuk Otak dan Usus

N’exBio menggunakan probiotik premium dari Chr. Hansen — salah satu syarikat bioteknologi terkemuka dunia dari Denmark. Tiga strain utama yang digunakan:
- BB-12 (Bifidobacterium animalis subsp. lactis) – membantu menguatkan sistem imun dan menyokong keseimbangan mikrobiota
- LA-5 (Lactobacillus acidophilus) – membantu pencernaan dan mengurangkan simptom gastrointestinal seperti kembung, sembelit dan cirit
- LGG (Lactobacillus rhamnosus GG) – salah satu strain paling dikaji di dunia; terbukti menyokong kesihatan mental melalui komunikasi usus-otak dan membantu mengurangkan simptom kemurungan dan anxiety
“Probiotic strain Lactobacillus rhamnosus GG modulates GABA receptor expression in the brain and reduces anxiety and depression-related behavior” — PNAS, 2011
Strain-strain ini bukan sahaja selamat, tetapi telah terbukti membantu menghasilkan neurotransmitter, mengawal hormon stres dan memperbaiki integriti dinding usus.
Shiruto: Aktifkan Makrofaj — ‘Tukang Sapu’ & Pembaik Pulih Otak
Dalam otak, sel imun yang dinamakan mikroglia (versi makrofaj dalam otak) memainkan peranan penting untuk ‘membersihkan’ sel mati, plak protein dan bahan toksik. Namun, dalam Alzheimer dan Parkinson, fungsi mikroglia ini menjadi lemah atau terlalu agresif — menyebabkan lebih banyak kerosakan.

Shiruto, hasil penyelidikan oleh Prof. Inagawa, mengandungi IP-PA1, satu bahan aktif hasil penapaian gandum, yang terbukti secara klinikal mengaktifkan makrofaj melalui reseptor TLR4. Ini bantu sistem imun:
- Membersihkan plak beta-amyloid dan protein toksik
- Mengurangkan keradangan saraf kronik
- Merangsang pembaikan tisu saraf rosak
“TLR4-activated macrophages facilitate neuroprotection and clearance of beta-amyloid plaques” — Journal of Neuroinflammation, 2020
Lebih menarik, makrofaj yang diaktifkan secara bijak juga berperanan dalam merangsang neurogenesis – pembentukan sel otak baharu.
Namun dalam banyak kes, makrofaj perlukan ‘bahan mentah’ untuk berfungsi. Ini sebabnya sesetengah pesakit hanya mula menunjukkan perubahan positif bila Shiruto digabungkan dengan Spirulina — ia bantu makrofaj bekerja dengan lebih efektif.
Spirulina: Makanan Lengkap untuk Otak yang Letih dan Rosak

Spirulina adalah sejenis superfood yang kaya dengan protein lengkap, zat besi, vitamin B, magnesium dan antioksidan kuat seperti phycocyanin. Semua nutrien ini amat penting untuk fungsi otak, pembentukan neurotransmitter dan pemulihan sel saraf.
Salah satu peranan paling penting Spirulina ialah menyokong fungsi mitokondria — pusat jana tenaga bagi setiap sel badan, termasuk sel otak. Dalam otak, mitokondria menghasilkan ATP (adenosine triphosphate), iaitu sumber tenaga utama untuk komunikasi antara neuron dan penyelenggaraan fungsi kognitif.
Bila mitokondria lemah akibat stres oksidatif atau kekurangan nutrien, penghasilan ATP akan berkurang → otak cepat letih, memori merosot, dan sel mula rosak. Spirulina membantu mengembalikan tenaga sel otak melalui:

- Meningkatkan fungsi mitokondria dan penghasilan ATP
- Mengurangkan tekanan oksidatif yang rosakkan mitokondria
- Memberi kesan neuroprotective (lindungi saraf otak dari kerosakan)
Spirulina juga terbukti menyokong kesihatan otak dengan:
- Mengurangkan tekanan oksidatif dalam neuron
- Menyokong keseimbangan GABA dan serotonin (neurotransmitter penting untuk mood dan memori)
- Membekalkan bahan asas kepada makrofaj untuk bekerja membaiki tisu
“Spirulina and its neuroprotective effects: A review of the mechanisms and potential applications in neurodegenerative diseases” — Neurochemical Research, 2022
Spirulina sangat sesuai diberikan kepada pesakit neurodegeneratif yang hilang selera makan, cepat letih, atau tidak dapat menyerap nutrisi dari makanan harian.
Aulora Pants: Peredaran Darah yang Baik, Kunci kepada Pemulihan
Salah satu kunci kepada kesihatan dan fungsi otak adalah peredaran darah yang lancar. Tanpa aliran darah yang baik, nutrien dan oksigen sukar sampai ke otak, dan proses detoksifikasi juga terganggu.

Aulora Pants menggunakan teknologi Kodenshi Far Infrared (FIR) yang terbukti:
- Meningkatkan pengaliran darah mikro (microcirculation)
- Menyokong proses detoksifikasi melalui peluh
- Menstabilkan sistem saraf autonomi termasuk saraf vagus
“Far-infrared therapy improves endothelial function and reduces inflammation” — Circulation Journal, Japanese Circulation Society, 2008
“Kodenshi fiber technology enhances microcirculation and tissue oxygenation” — Prof. Noboru Shimizu, Japan Bioengineering Society
Dengan peredaran darah yang lebih baik, nutrisi dari Spirulina dan fungsi imun dari Shiruto lebih mudah sampai ke otak, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan semula jadi tubuh.
Neuroplasticity: Otak Mampu Pulih Bila Diberi Sokongan Yang Betul

Dulu kita percaya otak manusia tidak boleh pulih selepas kerosakan. Namun, kajian terkini dalam bidang neuroplasticity membuktikan sebaliknya — otak boleh mencipta sambungan saraf baru, membentuk sel baru, dan ‘belajar semula’ fungsi tertentu, terutamanya bila tekanan keradangan dikurangkan dan nutrien mencukupi.
“Adult neurogenesis is possible in the hippocampus, even in aging and neurodegenerative conditions” — Nature Reviews Neuroscience, 2018
Gabungan Shiruto + N’exBio + Spirulina + Aulora Pants memberi peluang kepada otak untuk mula stabil dan perlahan-lahan pulih — bukan melalui ubat semata-mata, tetapi melalui biologi semula jadi tubuh yang disokong dengan nutrisi dan imuniti bijak.
Kesimpulan: Tubuh Boleh Pulih Bila Disokong Dengan Bijak
Penyakit Alzheimer dan Parkinson bukan sekadar penyakit otak — ia adalah penyakit seluruh sistem. Usus yang bocor, sistem imun yang keliru, serta kekurangan nutrien semuanya menyumbang kepada kemerosotan otak.
Dengan pemahaman baru ini, kita bukan hanya menunggu rawatan perubatan moden — tetapi kita boleh mula menyokong tubuh untuk pulih melalui pendekatan biologi dan nutrisi yang menyeluruh.
“Heal the gut, and the brain may follow.”
Jika anda sedang menjaga orang tersayang yang mengalami dementia, Parkinson, Alzheimer atau masalah mental kronik — Fahima sedia bantu anda faham dan ikhtiar dari akar.
Boleh hubungi Fahima untuk consultation peribadi & panduan produk yang paling sesuai dengan keadaan semasa.
Jom mula ikhtiar sesuatu untuk jaga otak kita. Selagi ada harapan, kita usaha.
Click sini untuk contact Fahima 🙂