BElixz Functional Food,  Maqnifiq

BElixz – Maqnifiq ALL YOU NEED TO KNOW ABOUT COLLAGEN

Mengapakah saya perlu mengambil BElixz MAQNIFIQ?​

Penipisan kolagen dan penuaan hormon berlaku seiring dengan peningkatan usia kita. BElixz MAQNIFIQ membantu meningkatkan dan memelihara keremajaan dengan memastikan kulit tetap tegap, licin dan berseri.

Apakah cara pengambilan BElixz MAQNIFIQ?​

Kaedah penggunaan yang kami syorkan adalah melarutkan 1 paket ke dalam 100ml air suhu bilik dan kacau sebelum minum. Untuk orang dewasa berumur 25 hingga 35 tahun, kami cadangkan untuk mengambil BElixz MAQNIFIQ dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam. Bagi mereka yang berumur 36 tahun dan ke atas, atau yang selalu terdedah kepada cahaya matahari, adalah disyorkan untuk mengambil empat paket sehari, iaitu dua pada waktu pagi, dan dua pada waktu malam.

Bagaimanakah saya mengambil BElixz MAQNIFIQ?​

Anda boleh mengambil BElixz MAQNIFIQ sebelum atau selepas makan. Walau bagaimanapun, untuk hasil terbaik, kami cadangkan agar anda tidak mengambil hidangan yang berat sebelum mengambil BElixz MAQNIFIQ.

Saya seorang vegetarian, bolehkah saya mengambil BElixz MAQNIFIQ?​

BElixz MAQNIFIQ mengandungi kolagen ikan. Oleh itu, adalah tidak disyorkan sekiranya anda vegetarian.

Di manakah BElixz MAQNIFIQ dihasilkan? Adakah ia diimport dari negara lain?

BElixz MAQNIFIQ dihasilkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, bahan aktifnya diimport dari Sepanyol dan Perancis.

Adakah BElixz MAQNIFIQ Halal?​

Ya, BElixz MAQNIFIQ memiliki sijil Halal.

Berapa paket terkandung di dalam sekotak BElixz MAQNIFIQ?​

Setiap kotak BElixz MAQNIFIQ mengandungi 30 paket (8g setiap paket).

Adakah BElixz MAQNIFIQ sesuai untuk perempuan mengandung?​

Walaupun BElixz MAQNIFIQ hanya mengandungi bahan semula jadi yang selamat, wanita mengandung masih disarankan untuk berunding dengan doktor sebelum mengambilnya.

Adakah BElixz MAQNIFIQ sesuai untuk pesakit kencing manis?​

Ya. Pesakit kencing manis boleh memakan sehingga 2 paket setiap hari kerana setiap paket mengandungi 4g gula sahaja.

Saya sedang menyusu badan, bolehkah saya minum BElixz MAQNIFIQ?​

Biasanya, kami tidak mengesyorkan wanita menyusu badan untuk mengambil sebarang makanan tambahan untuk 12 bulan yang pertama selepas bersalin untuk memastikan badan anda memperoleh nutrien dari hidangan segar, semula jadi dan seimbang sementara mengekalkan keseimbangan hormon. Walau bagaimanapun, jika anda masih menyusu badan selepas satu tahun bersalin, sila berbincang dengan doktor atau profesional kesihatan sebelum mengambil makanan tambahan. Secara amnya, BElixz MAQNIFIQ selamat untuk dimakan kerana ia sejenis minuman berasaskan kolagen dengan bahan semula jadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *