-
I-Vxion – Kesihatan Mata

What is BELIXZ I-VXION?
BELIXZ I-VXION is a special formulation contains plant-based ingredients which helps to protect your eyesight against lifestyle factors. This product enriched with patented marigold extract contains 5:1 prefect ratio of lutein zeaxanthin with patented Maqui Berry Extract which work synergistically with black currant extract to provide comprehensive care to your eye.
What are the benefits of BELIXZ I-VXION
BELIXZ I-VXION contains Lutein & Zeaxanthin from Marigold extract which helps to filter the blue rays, Maqui Berry extract provides nourishment for eye health, protects eyes from damage caused by exposure to UV rays and radiation, and helps to delay or prevent the deterioration of vision and other eye functions and conditions.
What is the uniqueness of BELIXZ I-VXION?
BELIXZ I-VXION’s active ingredients are extracted using proprietary or patented technology and are clinically proven to improve eye health.
Is BELIXZ I-VXION only meant for people who have eye diseases, or can someone who is generally healthy consume it to maintain their eye health?
Everyone of us is tend to use digital gadgets every day. Thus, we need to have adequate nutrients to protect our eye from the blue-ray and also to nourish our eye. If you are generally in good health and want to maintain the youthfulness of your eye sight, BELIXZ I-VXION acts as a protection against the blue ray and moisture your eye by improve the tear production and blood flow.
Who should consume BELIXZ I-VXION?
Everyone should consume BELIXZ I-VXION to maintain optimum eye health. It is especially recommended for people with vision or dry eye problems.
What is the recommend or suggested dosage for BELIXZ I-VXION?
- Preventive/Maintenance: 1-2 sachets
- People with dry eye or eye irritation : 3-4 sachets
When is the best time to consume BELIXZ I-VXION?
The recommended time to consume BELIXZ I-VXION is before or with meals. However, do not worry if you have forgot to take it before meal, you may take anytime.
Is BELIXZ I-VXION suitable for vegetarian?
Yes, BELIXZ I-VXION is suitable for vegetarian
Is BELIXZ I-VXION certified halal?
Yes, BELIXZ I-VXION is certified halal by Nippon Asia Halal Association (NAHA) which is the Japan halal body recognized by JAKIM Malaysia, MUIS Singapore, Brunei and also Hong Kong.
-
LivCore – Kesihatan Hati

Apakah itu BElixz LIVCORE?
BElixz LIVCORE ialah formulasi komprehensif dengan lima herba semulajadi yang diuji secara saintifik, direka khas untuk menyokong hati anda daripada tekanan oksidatif harian. Produk ini mengandungi Ekstrak Milk Thistle, Ekstrak Biji Brokoli, Ekstrak Articok, Ekstrak Oakwood Perancis, dan Ekstrak Kunyit yang bekerja secara sinergi untuk menggalakkan fungsi hati yang optimal.
Berapakah dos yang disyorkan untuk BElixz LIVCORE?
- 1 kapsul sayur setiap hari untuk kesihatan hati secara menyeluruh.
- 2 kapsul setiap hari untuk individu yang mempunyai kebimbangan hati berlemak, minum alkohol dengan kerap, merokok, dan sedang mengikuti preskripsi ubat.
- Selepas makan
Adakah BElixz LIVCORE sesuai untuk Vegetarian dan Mesra Vegan?
Ya, BElixz LIVCORE tidak mengandungi bahan-bahan berasaskan haiwan dan menggunakan kapsul sayuran, maka sesuai untuk Vegetarian dan Mesra-Vegan.
Dimanakah BElixz LIVCORE dihasilkan?
BElixz LIVCORE dihasilkan dan dibungkus di dalam fasiliti yang diiktiraf GMP di Malaysia. Produk ini diformulasikan dengan lima jenis herba semula jadi yang diambil sumber daripada seluruh dunia, seperti Sepanyol, Amerika Syarikat, Perancis dan India!
Adakah terdapat sebarang amaran untuk produk ini?
- Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi/doktor sebelum mengambil produk ini. Jika anda sedang mengikuti sebarang preskripsi ubat atau sedang mengalami masalah kesihatan berterusan.
- Kontraindikasi pada wanita hamil dan wanita yang masih menyusukan bayi.
Adakah BElixz LIVCORE Halal?
Ya, BElixz LIVCORE memiliki sijil Halal.
-
N’exBio – Prebiotik, Probiotik, Postbiotik

Apa itu BElixz N’exBio?
BElixz N’exBio menawarkan perlindungan menyeluruh untuk usus anda dengan hanya bahan penting: prebiotik, probiotik, dan postbiotik!
Gabungan tepat kami mengandungi: pekat buah kiwi emas, strain probiotik terkenal seperti Bifidobacterium animalis subsp. lactis, BB-12™, Lactobacillus acidophilus, LA-5™, Lactobacillus rhamnosus, LGG™, dan BC30™ (Bacillus coagulans GBI-30, 6086®). Turut disertakan adalah postbiotik iaitu fermentasi yis kering untuk menyokong kesihatan usus secara menyeluruh.
Apakah kebaikan BElixz N’exBio?
BElixz N’exBio mengandungi prebiotik, probiotik, dan postbiotik.
Bahan-bahan ini terbukti secara klinikal dapat menyokong kesihatan usus secara menyeluruh dengan menyeimbangkan dan menyuburkan mikrobiom usus anda. Usus yang sihat membantu melancarkan pergerakan usus dan memastikan penyerapan nutrien yang lebih baik.
Apa yang menjadikan BElixz N’exBio lebih baik berbanding suplemen kesihatan usus lain?
Kebanyakan suplemen hanya menumpukan hanya probiotik atau kombinasi prebiotik dan probiotik (sinbiotik). BElixz N’exBio menonjol formulasi menyeluruh yang menggabungkan prebiotik, probiotik, dan postbiotik dalam SATU produk.
- Prebiotik: Memberi nutrisi kepada bakteria baik dalam usus
- Probiotik: Memulihkan keseimbangan mikrobiom usus dengan strain probiotik yang terbukti secara klinikal
- Postbiotik: Memberikan manfaat segera yang sedia diserap oleh badan (tanpa perlu menunggu probiotik menjajah usus)
Bahan utama dalam N’exBio diperoleh dari sumber global dan disokong oleh lebih 400 kajian klinikal, memastikan keselamatan, keberkesanan, dan kualiti yang terjamin.
Adakah BElixz N’exBio hanya untuk mereka yang mengalami sembelit / cirit-birit / Sindrom Radang Usus (IBS)? Adakah individu yang sihat perlu mengambilnya?
BElixz N’exBio bukan sahaja direka untuk mereka yang mengalami masalah pencernaan. N’exBio juga merupakan pilihan terbaik untuk membantu:
- Menjaga kesihatan usus yang baik
- Meningkatkan kesihatan mental (mood lebih baik, kurang kegelisahan)
- Kulit lebih sihat & berseri
- Menguatkan sistem imun
- Menambah tenaga
Siapa yang mendapat manfaat daripada BElixz N’exBio?
BElixz N’exBio sesuai untuk:
- Dewasa
- Warga emas
- Kanak-kanak (3 tahun ke atas)
- Picky eaters
- Individu dengan usus sensitif
- IBS (Sindrom Radang Usus)
- Sembelit
- Cirit-birit
- Cirit-birit ketika melancong
- Kembung / senak selepas makan
- Mereka yang mudah mengalami keracunan makanan
Adakah BElixz N’exBio sesuai untuk vegetarian dan vegan?
BElixz N’exBio sesuai untuk lacto-vegetarian, tetapi tidak sesuai untuk vegan. Ini kerana ia mengandungi galakto-oligosakarida (GOS) yang diperoleh daripada tenusu, menjadikannya tidak sesuai untuk individu yang mengamalkan diet vegan yang ketat.
Apakah dos yang disarankan untuk BElixz N’exBio?
Untuk pemulihan usus menyeluruh dan hasil terbaik, disarankan untuk mengambil:
3 sachet sehari untuk 3 bulan pertama. Setelah itu, 1-2 sachet sehari untuk mengekalkan kesihatan usus
Adakah BElixz N’exBio diperakui HALAL?
Ya! BElixz N’exBio telah diperakui HALAL
Bolehkah wanita mengandung dan menyusu mengambil BElixz N’exBio?
BElixz N’exBio diformulasikan dengan strain prebiotik, probiotik, dan postbiotik yang telah dikaji secara klinikal dan diiktiraf selamat. Ia memberikan sokongan kesihatan usus, mengurangkan kekembungan dan sembelit, mengekalkan tindak balas imun yang sihat, dan meningkatkan penyerapan nutrien semasa mengandung dan menyusui. Walau bagaimanapun, keadaan setiap individu adalah berbeza semasa tempoh kehamilan dan penyusuan, oleh itu kami mengesyorkan berunding dengan doktor anda sebelum mengambil produk ini.
Bolehkah individu yang mempunyai alahan terhadap kiwi, jagung, yis, produk tenusu, laktosa atau gluten mengambil produk ini?

-
SPIRULINA – Nutrisi Lengkap

Apakah itu produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE?
BElixz SPIRULINA CHEWABLE ialah produk spirulina berkualiti tinggi, mengandungi 100% spirulina organik yang digunakan secara tradisional untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Produk ini ialah 100% semula jadi, mudah di hadam dan memiliki bioketersediaan yang tinggi untuk badan.
Apakah kebaikan pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE?
Spirulina merupakan makanan super yang terkenal kerana mengandungi lima nutrien utama (protein, lemak, karbohidrat, multivitamin dan mineral) serta empat jenis pigmen penting (fikosianin, klorofil, beta-karotena dan xantofil) yang memberikan manfaat untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Selain itu, spirulina juga memberikan manfaat antioksidan dan anti-radang yang sangat baik. Ia juga berperanan dalam detoksifikasi logam berat dan melindungi fungsi hati. Secara keseluruhannya, BElixz SPIRULINA CHEWABLE ialah produk suplemen yang ideal untuk melengkapkan keperluan nutrisi dalam pemakanan anda.
Bagaimanakah caranya untuk saya memasukkan pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE ke dalam pemakanan harian saya?
Untuk penjagaan kesihatan secara berterusan, anda disarankan untuk mengambil sebanyak enam (6) tablet, tiga (3) kali sehari. Mengambilnya sebelum atau selepas makanan dapat memberikan manfaat yang lebih baik kepada badan anda.
Apakah yang membezakan BElixz SPIRULINA CHEWABLE daripada produk yang lain?
BElixz SPIRULINA CHEWABLE yang disahkan sebagai produk organik dan 100% semula jadi, telah dihasilkan di negara Jepun. Bagi menjamin kawalan kualiti tertinggi dalam penghasilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE, keseluruhan proses pembuatannya, bermula daripada penanaman sehingga ke pembungkusan akhir, telah mematuhi piawaian amalan pengilangan baik (atau GMP) yang sangat ketat. Setiap kumpulan penghasilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE telah menjalani ujian kawalan kualiti yang ketat demi memastikan kualitinya, yang selamat untuk diambil dan bebas daripada pencemaran bahan biologi, kimia, logam berat, racun perosak dan bukan organik.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk memilih jenama produk spirulina yang mempunyai reputasi terbaik kerana spirulina yang tumbuh liar berisiko mampu menyerap toksin daripada air, termasuk mikrosistin (yang berpotensi menyebabkan kerosakan hati yang serius), bahan pencemar serta logam berat seperti plumbum, merkuri, dan arsenik yang boleh membahayakan kesihatan.
Siapakah golongan yang perlu berwaspada sekiranya mempertimbangkan untuk mengambil produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE?
- Individu yang mempunyai keadaan genetik fenilketonuria (PKU) perlu mengelakkan pengambilan spirulina kerana badan mereka menghadapi kesukaran untuk memetabolismekan fenilalanina asid amino. Ini kerana spirulina mengandungi pelbagai jenis asid amino, termasuk fenilalanina.
- Individu yang menghidap penyakit autoimun, termasuk sklerosis berbilang, artritis reumatoid, atau lupus perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.
- Mereka yang mempunyai masalah tiroid perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.
Adakah BElixz SPIRULINA CHEWABLE HALAL disahkan sebagai produk HALAL?
Produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE telah memperoleh pengesahan HALAL daripada Nippon Asia Halal Association (NAHA).
Adakah pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE secara kerap boleh menyebabkan masalah kebergantungan?
Tidak. Spirulina merupakan sumber nutrien semula jadi yang setanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan yang kerap tidak akan membebankan badan atau menyebabkan kebergantungan, walaupun pada pengambilan jangka panjang.
Adakah pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE selamat untuk wanita hamil atau yang sedang menyusukan anak?
Spirulina merupakan suplemen berkhasiat yang kaya dengan pelbagai nutrien penting (seperti protein yang mudah di hadam, asid lemak perlu, vitamin dan mineral) dan telah dikaji secara meluas untuk manfaat kesihatannya. Namun, masih terdapat kekurangan data yang komprehensif mengenai keselamatan penggunaannya kepada wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak. Oleh itu, adalah disarankan wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.
Apakah had umur minimum untuk pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE?
BElixz SPIRULINA CHEWABLE hadir dalam bentuk tablet kunyah. Kanak-kanak yang mampu mengunyah dengan baik boleh mengambil produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE di bawah pengawasan ibu bapa mereka. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghancurkan/memecahkan tablet tersebut menjadi serbuk dan mencampurkannya ke dalam makanan.
Adakah produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE sesuai untuk vegan atau vegetarian?
Spirulina (atau Arthrospira platensis), yang dikenali sebagai alga biru-hijau atau cyanobacterium, adalah kaya dengan protein dan pelbagai jenis nutrien lain. Ia merupakan salah satu sumber tambahan makanan semula jadi yang terbaik, terutama bagi individu yang mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan.
Bagaimanakah cara pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE sekiranya saya sedang mengambil sebarang ubat yang dipreskripsikan oleh doktor?
Adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil spirulina bersama dengan ubat-ubatan lain secara serentak. Sebaliknya, ia perlu diambil mengikut selang waktu yang berbeza antara pengambilan spirulina dengan ubat-ubatan lain.
Bolehkah saya menggabungkan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE dengan makanan lain?
Ya. Anda boleh mencampurkan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE dengan makanan lain untuk memanfaatkan kebaikannya dengan pelbagai cara yang berbeza, seperti menambahnya ke dalam minuman smoothie, milkshake, atau dalam makanan seperti bubur, salad dan lain-lain.
-
Shiruto – Kesihatan Imun

BElixz – Befil ALL YOU NEED TO KNOW FOR STRONGER IMMUNE Mengapa saya harus memilih BElixz SHIRUTO?
BElixz SHIRUTO dirumus dengan bahan aktif IP-PA1 yang sangat berkesan dan unik serta nutrien sinergi seperti Vitamin C dan beta-glukan untuk menyokong kesihatan keseluruhan.
Apakah ramuan di dalam setiap paket BElixz SHIRUTO?
BElixz SHIRUTO bukan hanya sarat dengan IP-PA1, tetapi juga campuran proprietary nutrien berfungsi yang membantu anda menjaga kesihatan yang optimum.
Adakah BElixz SHIRUTO selamat untuk dimakan oleh vegan, vegetarian dan Muslim?
Ya. BElixz SHIRUTO ialah makanan berfungsi 100% berasaskan tumbuhan yang disahkan HALAL oleh Nippon Asia Halal Association (NAHA) – sebuah badan perakuan Halal dari Jepun yang diiktiraf oleh JAKIM.
BElixz SHIRUTO berasal dari mana?
BElixz SHIRUTO dihasilkan dan diimport dari Jepun, dan diiktiraf dengan 2019 Malaysia Health & Wellness Brand Award.
Pada usia berapakah seorang kanak-kanak boleh bermula mengambil BElixz SHIRUTO, dan apakah dos yang sesuai untuk mereka?
Kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas boleh bermula mengambil BElixz SHIRUTO. Dos yang disyorkan ialah satu paket sehari untuk kesejahteraan umum.
Bolehkah mereka yang alah terhadap produk gandum atau menderitai intolerans gluten mengambil BElixz SHIRUTO?
BElixz SHIRUTO hanya mengandungi ekstrak gandum tertapai dan bahan-bahan yang lain telah diuji dan diluluskan sebagai bebas gluten. Mereka yang alah terhadap produk gandum atau mempunyai intolerans gluten boleh cuba mengambil satu paket BElixz SHIRUTO setiap hari. Sekiranya tiada reaksi yang buruk, anda secara beransur-ansur boleh meningkat kepada dos yang disyorkan.
Bolehkah pesakit barah mengambil BElixz SHIRUTO sebagai sejenis makanan berfungsi untuk menyokong kesihatan?
Pesakit barah harus mendapatkan nasihat daripada doktor mereka sekiranya mereka mahu mengambil BElixz SHIRUTO. Ini adalah kerana bagi sebilangan rawatan barah, pesakit adalah dilarang daripada mengambil produk kesihatan atau makanan yang mengandungi antioksidan.
Dengan persetujuan doktor, BElixz SHIRUTO boleh digunakan untuk menyokong kesejahteraan umum pesakit barah.
Bolehkah BElixz SHIRUTO dimakan ketika menjalani rawatan perubatan?
Ya. Untuk hasil terbaik, anda seharusnya mengambil BElixz SHIRUTO sekurang-kurangnya DUA jam sebelum atau selepas mengambil ubat anda untuk memastikan badan anda memanfaatkan sepenuhnya BElixz SHIRUTO serta ubat anda. Adalah terbaik untuk berbincang dengan doktor anda jika anda ingin mengambil BElixz SHIRUTO bersama dengan ubat anda.
Bolehkah mereka yang menderitai G6PD mengambil BElixz SHIRUTO?
Ya, ia adalah sesuai untuk mereka yang menderitai G6PD normal kerana ia membantu menyokong badan yang lebih sihat tanpa menjejaskan gejala G6PD. Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami G6PD serius harus berunding dengan doctor atau penyelia jagaan kesihatan untuk mengesahkan sama ada dinasihatkan untuk mengambil BElixz SHIRUTO atau tidak.
Bolehkah wanita hamil mengambil BElixz SHIRUTO?
Ya. Anda boleh mengambil BElixz SHIRUTO untuk menyokong kesejahteraan umum anda selagi anda tidak mempunyai reaksi alergi terhadap mana-mana ramuannya.
- BElixz Functional Food, Blog, Immune Support, Ivxion, LivCore, Shiruto, Slendezglow, Spirulina, Zencoso
Kenali Rangkaian Produk BElixz – Nutrisi Sokongan Kesihatan Menyeluruh
Ramai yang selalu tanya Fahima,
“Selain Aulora, apa lagi sebenarnya produk yang ada dalam BE International?”
Jawapannya: banyak — dan setiap satu ada fungsi spesifik.
BElixz bukan produk rawak. Ia dibina berdasarkan konsep nutrisi fungsi, menyokong tubuh dari akar (root cause), bukan sekadar menutup simptom.Di bawah ini Fahima terangkan satu per satu, supaya mudah faham dan tahu siapa sesuai ambil apa.
1️⃣ BElixz Shiruto – Sokongan Sistem Imun & Keradangan
Menampilkan ekstrak gandum tertapai berpotensi tinggi (IP-PA1) yang digabungkan dengan nutrien sinergistik termasuk Vitamin C dan Beta-glukan. Proses penapaian dan pengekstrakan untuk IP-PA1 yang digunakan di dalam BElixz SHIRUTO dipatenkan secara antarabangsa, memberikan jaminan kualiti cemerlangnya.
Fungsi utama:
- Menyokong sistem imun badan
- Membantu tubuh mengawal keradangan dalaman
- Sesuai untuk badan yang cepat jatuh sakit, letih berpanjangan, atau dalam fasa pemulihan
Bahan utama:
- Ekstrak Gandum Tertapai (IP-PA1) – Membantu menguatkan dan meningkatkan kesihatan
- Vitamin C dan Beta Glucan – Nutrien sinergis untuk menyokong dan mengekalkan sistem badan yang sihat.
Cara ambil:
- Dewasa: 1 sachet sehari
- Kanak-kanak / warga emas: ikut keperluan & toleransi badan

2️⃣ BElixz N’exBio – Kesihatan Usus & Emosi
Formula generasi baharu yang melangkaui probiotik biasa. Gabungan 3-dalam-1 yang canggih ini mengandungi prebiotik, probiotik dan postbiotik yang terbukti secara klinikal dalam satu sachet yang berkuasa. Ia membantu mengimbangi mikrobiom usus, mengurangkan sembelit dan menyokong kesihatan usus secara menyeluruh.
Fungsi utama:
- Menyokong keseimbangan mikrobiom usus
- Membantu ketidakselesaan perut, kembung, gastrik ringan
- Usus lebih stabil → emosi lebih tenang (gut–brain axis)
Bahan utama:
- Gabungan prebiotik, probiotik & postbiotik
- Formula mesra usus sensitif
Cara ambil:
- 1–3 sachet sehari
- Boleh ambil terus (tak perlu bancuh)

3️⃣ BElixz LivCore – Sokongan Hati (Liver)
Menyokong kesihatan hati – BElixz LIVCORE mengandungi Ekstrak Biji Brokoli, Ekstrak Milk Thistle, Ekstrak Articok, Ekstrak Oakwood Perancis serta Ekstrak Kunyit.
Fungsi utama:
- Menyokong fungsi detoksifikasi hati khususnya fasa 2
- Membantu mereka yang penat, stress, kurang tidur
- Sesuai untuk yang ambil ubat jangka panjang atau gaya hidup tak seimbang
Bahan utama:
- Milk Thistle (Silymarin)
- Artichoke
- Broccoli Seed Extract
- Kunyit (THCs)
- Oakwood Perancis (Roburin)
Cara ambil:
- 1–2 kapsul sehari selepas makan (terbaik sebelum tidur)

4️⃣ BElixz Spirulina – Nutrisi Lengkap Harian
BElixz SPIRULINA adalah suplemen yang disahkan organik yang kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk penggunaan orang dewasa untuk mengekalkan kesihatan keseluruhan.
Fungsi utama:
- Sumber protein, vitamin & mineral semula jadi
- Menyokong tenaga, darah & pemulihan badan
- Sesuai untuk kanak-kanak, dewasa & warga emas
Bahan utama:
- Spirulina gred tinggi (alga hijau-biru)
Cara ambil:
- Dewasa: 10–20 tablet sehari
- Kanak-kanak: ikut umur & keperluan

5️⃣ BElixz Maqnifiq – Perlindungan Kulit & Antioksidan
BElixz MAQNIFIQ terdiri daripada kolagen untuk menyokong struktur kulit ke arah kulit yang sihat.
Fungsi utama:
- Menyokong kesihatan kulit dari dalam
- Membantu kulit terdedah kepada UV & pencemaran
- Sokongan antioksidan harian
Bahan utama:
- Ekstrak tumbuhan kaya antioksidan
- Sokongan kolagen & perlindungan sel
Cara ambil:
- 2 sachet sehari

6️⃣ BElixz Zencoso – Enzim & Pencernaan
Diperam secara semula jadi selama 8 tahun untuk mengaktifkan kebaikan 98 tumbuhan dari kedua ujung bumi – Brazil dan Jepun, BElixz ZENCOSO CHEWABLE BALL diformulasikan khas untuk menghasilkan pati yang paling seimbang dari nutrien untuk metabolisme yang lebih baik. Ini diperkaya dengan ko-enzim dan faktor-faktor bersama yang membantu mengekalkan fungsi enzim dan meningkatkan pencernaan yang sihat, dan dilengkapi dengan molekul bersaiz mikro yang memungkinkannya diserap dengan mudah ke dalam tubuh untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Fungsi utama:
- Membantu pencernaan makanan
- Kurangkan rasa berat, angin & kembung
- Sokongan untuk metabolisme & penghadaman
Bahan utama:
- 98 ekstrak tumbuhan terpilih
Buah-buahan (Epal, Pisang, Lemon, Nanas, Acerola, Acai Palm, Avocado, Camu-Camu, Belimbing, Kiwi, Mangga, Melon, Oren, Betik, Plum, Kismis, Markisah, Kumquat, Tembikai, Chinese Citron, Buah Ara, Anggur, Oren Hassaku, Oren Iyokan, Aprikot Jepun, Oren Kabos, Oren Mandarin, Baiberi Jepun, Oren Navel, Pisang Kaki, Oren Ponkan, Raspberi, Limau Abung, Silvervine, Anggur Liar, Yuzu, Jambu Batu, Pear), Sayuran (Ubi, Burdock, Lobak, Teratai tulen, Cili kembung, Kubis, Kailan, Ubi kayu, Lobak Daikon, Lobak putih, Tomato, Yacon, Winter Squash, Saderi, Timun, Lily Bulb, Jagung), Biji-bijian (Barli, Bijan Hitam, Beras perang, Beras pulut, milet, kacang soya, bijan putih, kacang merah, Chickpea, kacang hitam, kacang Jalo, kacang Roxinho, milet Adlay, lentil, oat, Pea, beras, rai, kacang soya hitam, milet foxtail), herba (Jintan Manis , Kayu Manis, Cengkih, Benih Kapas, Jintan Hitam, Halia, Guarana, Rosemary, Stevia, Serai India Barat, Perila), Wakame, Rumpai Laut Kombu, Rumpai Laut Nori, Rumpai Laut Hijiki, Green Laver, Cendawan Shitake, Cendawan Agaricus, kacang gajus, kacang Brazil, Walnut, Madu, Gula perang - Ditapai selama 8 tahun
Cara ambil:
- 8 biji 3 kali sehari sebelum makan
- Untuk penyerapan maksimum kunyah sehingga habis.

7️⃣ BElixz IVXion – Kesihatan Mata
Dikhususkan untuk pemeliharaan dan perlindungan mata kita, setiap sachet BElixz I-VXION menyampaikan campuran yang padat dengan nutrien yang menampilkan Ekstrak Marigold yang unik dan dipatenkan di peringkat antarabangsa. Ia juga mengandungi Ekstrak Beri Maqui, dan Ekstrak Anggur Hitam.
Kekayaan nutrien yang disediakan termasuk Lutein, Zeaxantin, Meso-Zeaxantin, Delfinidin dan Antosianin, telah terbukti secara klinikal untuk menyokong kesihatan penglihatan seseorang.
Fungsi utama:
- Menyokong kesihatan retina & mata
- Sesuai untuk skrin lama, mata penat, silau
- Sokongan antioksidan untuk mata
Bahan utama:
- Ekstrak Marigold (Lutein)
Memberikan nisbah 5:1 Lutein dan Zeaxanthin, berfungsi sebagai penapis untuk cahaya biru. - Anggur Hitam
Kaya dengan Delfinidin, sejenis antosianin dengan Keupayaan Antioksidan TERTINGGI berbanding beri lain, didapati dapat memperbaik penghasilan air mata. - Beri Maqui
Tinggi dengan antosianin, yang memainkan peranan besar dalam meningkatkan kesihatan mata secara keseluruhan.
Cara ambil:
- 2 sachet 2 kali sehari selepas makan berat
- terbaik adalah dibancuh

8️⃣ SlendMeal Pro – Pengganti Makanan Seimbang
BElixz SlendMeal PRO adalah penyelesaian ideal yang mudah dibawa untuk diet seimbang dan berkhasiat. Mengandungi 18g protein berasaskan tumbuhan premium, 8g serat makanan, dan gabungan lengkap 25 vitamin dan mineral penting, dirumus untuk memberikan rasa kenyang berpanjangan, seolah-olah anda menikmati hidangan yang berkhasiat dan memuaskan.
Diet seimbang ini menyediakan jumlah protein berkualiti tinggi yang cukup, penting untuk membina dan membaiki otot. Setiap paket direka untuk pelbagai gaya hidup bagi menyokong usaha anda dalam menguruskan berat badan yang sihat dan kesejahteraan keseluruhan.
Fungsi utama:
- Membantu kawalan berat badan secara berhemah
- Sumber nutrisi lengkap bila susah makan
- Sesuai untuk usus sensitif & individu sibuk
Bahan utama:
- Beras perang
- Isolated soy protein
- Chia Seed
- Corn soluble fiber
- Wheat soluble fiber
- 25 micronutrients
Cara ambil:
- 1–2 sachet sehari sebagai meal replacement

9️⃣ SlendGlow – Sokongan Metabolisme & Berat Badan
Diperbuat daripada 11 jenis herba semula jadi, BElixz SlendGlow melengkapkan program pengurusan berat badan anda untuk membantu mencapai berat badan yang sihat secara semula jadi. Digunakan secara tradisional untuk menurunkan berat badan.
Fungsi utama:
- Menyokong pembakaran lemak
- Membantu metabolisme badan
- Sesuai digabung dengan diet & gaya hidup aktif
Bahan utama:
- Ekstrak tumbuhan terpilih
- Sokongan termogenesis semula jadi
Cara ambil:
- 1 sachet setiap kali makan berat

🔟 BElixz BeFil – Kesihatan Jantung & Peredaran
Permulaan yang sihat bermula dengan jantung yang sihat. Sejenis perumusan holistik yang mengandungi L-Arginina dan CoQ10, dipertingkatkan dengan Ekstrak Buah Delima, Ubi Bit dan Tomato agar anda dapat menjalani kehidupan sepenuhnya.
Fungsi utama:
- Menyokong peredaran darah
- Menyokong fungsi jantung
- Membantu penghasilan Nitric Oxide
Bahan utama:
- L-Arginine
- Coenzyme Q10
- Ekstrak Tomato, Delima & Ubi Bit
Cara ambil:
- 1 sachet sehari mesti perut kosong

Semua produk BElixz:
- ❌ Bukan ubat
- ✅ Nutrisi sokongan
- 🎯 Digunakan ikut keperluan badan, bukan ikut trend
Setiap orang tak perlukan semua produk.
Yang penting ialah pilih dengan betul, ikut keadaan badan dan fasa kehidupan.Kalau tak pasti nak mula yang mana,
📩 boleh berbincang secara peribadi dengan Fahima.
Kita susun pelan yang sesuai — selamat dan realistik untuk keperluan tubuh.
Hubungi Fahima untuk konsultasi & personal melalui WhatsApp: Klik di sini untuk chat
-
Shiruto Untuk Siapa, dan Bagaimana Ia Bantu Tubuh Kita Pulih Secara Semula Jadi
Dalam dunia sekarang, terlalu ramai yang hidup dalam kitaran “penat → sakit → ubat → lega sementara.”
Kita jarang diberitahu bahawa tubuh kita sebenarnya ada sistem pertahanan semula jadi yang luar biasa — yang kalau dijaga dengan betul, mampu melindungi, membaiki, dan menyembuhkan diri sendiri.Sistem itu dipanggil sistem imun, dan wira sebenar di dalamnya ialah satu sel kecil bernama makrofaj.
Apa Itu Makrofaj – Askar Utama Tubuh Kita
Makrofaj ialah sejenis sel imun yang bekerja tanpa henti.
Dialah yang pertama datang bila ada virus, bakteria, atau sel rosak dalam badan.
Kerjanya macam pembersih, penyembuh dan pelindung dalam satu masa —
dia ‘makan’ kuman, buang toksin, baiki tisu, dan beri isyarat kepada sistem imun bila perlu bertindak.Tapi macam manusia juga, makrofaj boleh jadi lemah atau “tidur” bila terdedah terlalu lama kepada stres, makanan tak sihat, pencemaran, atau ubat-ubatan tertentu.
Bila makrofaj tak aktif, badan jadi mudah sakit, susah pulih, dan mula timbul pelbagai penyakit kronik tanpa sedar.Penemuan Besar Yang Diiktiraf Dunia
Tahun 2011, Hadiah Nobel dalam Perubatan dianugerahkan kepada saintis yang menemui bagaimana sistem imun boleh diaktifkan melalui reseptor khas pada makrofaj yang dikenali sebagai TLR4 (Toll-Like Receptor 4).
Penemuan ini membuka pintu baru dalam bidang imunologi — bahawa kita sebenarnya boleh merangsang makrofaj secara semula jadi tanpa perlu ganggu sistem badan yang lain.Daripada asas ilmu inilah, seorang profesor dari Jepun bernama Prof. Inagawa telah menumpukan lebih 30 tahun hidupnya untuk mengkaji bahan semula jadi yang boleh mengaktifkan makrofaj dengan selamat.
Hasil dedikasi beliau melahirkan IP-PA1, sejenis nutrien aktif yang terhasil daripada penapaian gandum menggunakan teknologi Jepun yang dipatenkan.Dan inilah bahan utama dalam BElixz Shiruto.
Bagaimana Shiruto Berfungsi
Setiap sachet kecil Shiruto mengandungi IP-PA1, yang bertindak menembusi dinding usus kecil dan “mengetuk pintu” makrofaj melalui reseptor TLR4.
Isyarat ini mengaktifkan semula makrofaj untuk melakukan tugas asalnya — melindungi, menstabilkan, dan memperbaiki tubuh.
Apabila makrofaj aktif:
- Tubuh jadi lebih cepat lawan jangkitan seperti batuk, selsema, demam.
- Keradangan dalaman (inflammation) berkurang, badan lebih tenang.
- Sel-sel rosak dibaiki, tisu baru dihasilkan.
- Sistem imun lebih seimbang — tidak terlalu lemah, tidak terlalu agresif.
Yang menariknya, IP-PA1 bukan ubat, bukan hormon, dan bukan bahan kimia sintetik.
Ia hanyalah nutrien semula jadi yang “mendidik” semula imun kita untuk berfungsi dengan betul.Siapa Yang Sesuai Mengambil Shiruto
Shiruto bukan hanya untuk orang sakit — ia untuk semua yang mahu kekal sihat dari dalam.
Kanak-kanak
Anak kecil sering demam dan batuk sampai terpaksa ponteng sekolah?
Itu tanda sistem imun mereka belum matang.
Shiruto bantu aktifkan pertahanan semula jadi supaya anak lebih tahan lasak dan cepat pulih bila jatuh sakit.
Ibu Mengandung & Menyusu
Waktu hamil, banyak ubat tak selamat diambil.
Shiruto beri alternatif yang lembut & semula jadi untuk bantu tubuh lawan jangkitan tanpa ganggu kandungan.
Imun yang kuat = ibu tenang, bayi pun dilindungi.
Orang Dewasa Bekerja
Tekanan kerja, kurang tidur, dan stres emosi boleh buat imun lemah — punca utama keletihan berpanjangan.
Shiruto bantu stabilkan imun semasa stres tinggi dan kurangkan inflamasi halus dalam badan.
Kerja keras itu mulia, tapi tubuh yang sihat lebih bernilai untuk keluarga.
Warga Emas
Bila umur meningkat, sel makin lemah, pemulihan makin perlahan.
Sakit kecil pun boleh ambil masa lama untuk sembuh.
Shiruto bantu aktifkan semula makrofaj supaya badan lebih cepat lawan jangkitan dan kekal bertenaga di usia tua.
Pesakit Kronik
Penyakit seperti diabetes, darah tinggi, auto-immune dan kolesterol tinggi sering berpunca dari sistem imun yang tidak seimbang.
Shiruto bantu tubuh kawal keradangan dalaman tanpa bebankan organ lain.
Imun seimbang = kualiti hidup yang lebih tenang.
Mereka Yang Prihatin Tentang Kesihatan Otak
Makrofaj juga wujud di otak dalam bentuk microglia.
Bila microglia overactive, boleh timbul simptom seperti susah tidur, cepat lupa, anxiety dan mood tidak stabil.
Shiruto bantu kawal inflamasi halus di otak untuk sokong tumpuan, emosi dan keseimbangan saraf.
Kenapa Ramai Pilih Jalan Semula Jadi
Kita hidup dalam dunia yang serba cepat — bila sakit, kita nak lega segera.
Tapi kerap kali, ubat cuma menenangkan simptom, bukan menyembuhkan punca.
Tubuh manusia sebenarnya dicipta dengan kebijaksanaan luar biasa —
ia tahu bagaimana nak pulih, asalkan diberi peluang dan sokongan yang betul.Shiruto bukan ubat ajaib.
Ia hanyalah nutrisi yang bantu tubuh kita jadi kuat semula, dari dalam.
Bila imun seimbang, seluruh sistem badan akan bekerja dengan harmoni — dari kulit, paru-paru, hati, sampai otak.
Take Charge untuk Jaga Diri Sendiri
Kesihatan bukan sekadar “tak sakit.”
Ia tentang ada tenaga untuk bermain dengan anak, tidur lena, bangun pagi tanpa rasa letih, dan hidup dengan tenang.Dan semua itu bermula dengan satu perkara: imun yang sihat dan cerdas.
Biarlah Shiruto jadi langkah kecil pertama ke arah hidup yang lebih kuat, lebih stabil, dan lebih bahagia — secara semula jadi.Hubungi Fahima untuk konsultasi & personal melalui WhatsApp: Klik di sini untuk chat
Kerana kesihatan bukan sekadar bebas penyakit, tapi kemampuan untuk hidup dengan tenang, bertenaga dan bahagia setiap hari.
-
Berat Badan Bayi Susah Naik – Normal Ke? Apa Yang Ibu Boleh Buat?
Setiap kali bawa anak pergi check-up di Klinik Kesihatan, mesti nurse akan buka buku pink/biru dan plotkan berat & tinggi anak dalam growth chart. Kalau graf nampak mendatar atau menurun, hati ibu bapa mulalah risau.
Sebenarnya, pemantauan pertumbuhan ini sangat penting untuk pastikan anak membesar dengan sihat. Jom kita fahamkan apa maksud growth chart, kenapa berat anak susah naik, dan bagaimana kita boleh support tumbesaran mereka.
Apa Itu Growth Chart (Carta Pertumbuhan)?
Carta pertumbuhan WHO/KKM digunakan untuk memantau perkembangan bayi dari lahir hingga umur 5 tahun.
📌 Parameter utama yang dipantau:
- Berat mengikut umur (weight-for-age)
- Tinggi/panjang mengikut umur (height-for-age)
- Lilitan kepala (head circumference)
Bagaimana Growth Chart Dibaca?
- Garisan hijau tengah = pertumbuhan normal (purata).
- Garisan atas & bawah = masih normal jika trend anak konsisten.
- Kalau graf mendatar/menurun = tanda anak mungkin ada masalah pemakanan atau kesihatan.
👉 Contoh ringkas:
- Umur 1 tahun → berat normal sekitar 8–10 kg, tinggi sekitar 72–78 cm.
- Tapi yang lebih penting ialah trend naik – walaupun perlahan, asalkan konsisten.

Kenapa Berat Badan Anak Susah Naik?
1. Masalah penghadaman & usus tak matang
Bayi kecil mudah alami cirit, sembelit, atau perut kembung → nutrisi daripada makanan tidak diserap dengan baik.
2. Anak cerewet makan (picky eater)
Hanya suka makanan tertentu, kurang protein & sayur, jadi kalori harian tak cukup.
3. Sering jatuh sakit
Badan guna lebih banyak tenaga untuk pulih, bukan untuk tumbesaran.
4. Kurang kalori & nutrien lengkap
Walaupun nampak makan banyak, jenis makanan mungkin tak padat nutrisi.
5. Faktor genetik
Kalau ibu bapa berbadan kecil, anak juga cenderung ikut saiz yang sama.
Pentingnya Pemantauan Berkala
Artikel dari FirstStep Child Clinic menjelaskan:
- Pertumbuhan bayi paling cepat pada tahun pertama, kemudian perlahan sedikit.
- Bila dipantau secara berkala, masalah boleh dikesan awal – contohnya kekurangan zat, penyakit kronik, atau kelewatan perkembangan.
- Lilitan kepala juga penting → terlalu cepat besar/kecil boleh jadi tanda masalah otak.
📌 Growth chart bukan untuk banding anak kita dengan orang lain. Ia alat untuk pantau trend pertumbuhan anak sendiri.
Bagaimana Nak Support Berat Anak Naik Dengan Selamat?
✨ Pantau graf setiap bulan – tengok trend, bukan bandingan.
✨ Tambah kalori sihat – telur, ikan, ayam, avocado, keju.
✨ Cukupkan tidur & rehat – hormon tumbesaran bekerja paling baik masa anak tidur.
✨ Sokongan nutrisi tambahan (selamat untuk anak 1 tahun ke atas):BElixz N’exBio
Gabungan prebiotik, probiotik & postbiotik → baiki usus & bantu penyerapan nutrisi.
✔ Kurangkan kembung, cirit & sembelit
✔ Seimbangkan mikrobiom usus
✔ Tambah selera makanBElixz Spirulina
Superfood lengkap dengan lebih 46 nutrisi.
✔ Kaya protein, zat besi, vitamin & mineral
✔ Mudah serap walaupun anak usus sensitif
✔ Bantu tambah tenaga & sokong perkembangan otak
✔ Naikkan berat badan secara natural & selamatBila Perlu Risau?
📌 Rujuk doktor segera jika:
- Berat anak turun mendadak
- Tak naik langsung selama 3 bulan berturut-turut
- Anak hilang selera makan lama
- Ada tanda sakit kronik seperti cirit/muntah berulang
Kesimpulan
➡️ Growth chart adalah alat penting untuk pantau tumbesaran anak.
➡️ Masalah berat tak naik biasanya berpunca daripada usus tak sihat, kurang nutrisi, atau kerap sakit.
➡️ N’exBio & Spirulina boleh jadi sokongan selamat & natural untuk bantu anak naik berat badan dengan lebih sihat.Anak yang sihat usus + cukup nutrisi → lebih aktif, ceria, dan berat badan naik mengikut graf pertumbuhan yang sihat.
Risau tentang berat badan anak yang tak naik, jangan tunggu sampai graf makin menurun. Ada cara natural & selamat untuk support anak ikut umur mereka. 🌸
👉 Klik [WhatsApp saya] untuk consultation mesra ibu & anak.
-
Anak Setahun Lebih Selalu Tantrum – Normal Ke? Apa Yang Ibu Boleh Buat?
Setiap ibu bapa pasti pernah lalui saat anak tiba-tiba menangis kuat, meraung, mengamuk, berguling, susah dipujuk – itulah yang kita panggil tantrum.
Tantrum sebenarnya adalah fasa normal perkembangan anak, terutama pada usia 1–3 tahun. Tetapi, sebagai ibu bapa, kita tetap perlu faham kenapa tantrum berlaku, bila ia masih normal, dan bagaimana nak support anak supaya lebih cepat bertenang.
Kenapa Anak Suka Tantrum?
1. Perkembangan emosi & otak
Anak kecil belum matang dari segi emosi. Bila mereka lapar, letih, sakit atau tak dapat apa yang dimahukan, cara paling mudah untuk luahkan ialah dengan menangis & tantrum.
2. Kurang tidur atau kepenatan
Kurang tidur buat anak jadi cepat marah, cerewet, dan lebih sukar dikawal emosinya.
3. Mahu berdikari tetapi terhad
Umur setahun lebih, anak mula nak cuba banyak benda sendiri – nak makan sendiri, nak ambil barang sendiri. Bila tak berjaya atau dihalang, tantrum pun berlaku.
4. Faktor selepas vaksin – AEFI (Adverse Event Following Immunization)
Selain faktor emosi & perkembangan, ada juga situasi di mana anak jadi lebih cranky atau tantrum selepas dapat vaksin. Ini dikenali sebagai AEFI.
Antara tanda AEFI yang biasa:
- Demam ringan
- Bengkak / kemerahan di tempat suntikan
- Anak jadi lebih meragam
- Inconsolable cry (menangis lama & sukar ditenangkan)
📌 Ini sebenarnya tanda sistem imun anak sedang bekerja. Vaksin “provok” badan untuk aktifkan pertahanan → jadi ada sedikit keradangan (inflammation). Itu sebab anak rasa tak selesa dan menangis.
👉 Untuk bacaan lanjut tentang keselamatan vaksin & panduan rasmi AEFI, ibu boleh rujuk terus panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Panduan Keselamatan Vaksin oleh KKM5. Kembung perut & masalah penghadaman
Sistem penghadaman anak kecil belum matang sepenuhnya. Sebab itu mereka mudah alami:
- Perut kembung (gas trapped)
- Sembelit atau cirit-birit
- Rasa tidak selesa bila perut penuh angin
Keadaan ini boleh buat anak jadi lebih meragam & tantrum kerana perut rasa sakit tapi mereka tak pandai luahkan.
6. Petua orang dulu-dulu & aspek spiritual
Selain faktor biologi, orang dulu percaya tantrum juga boleh dipengaruhi oleh gangguan waktu tertentu & persekitaran.
- Jangan bawa anak keluar ketika senja/maghrib.
- Tutup pintu & tingkap sebelum masuk waktu maghrib.
- Amalkan bacaan pelindung seperti Ayat Kursi, Al-Fatihah, 3 Qul.
Walaupun sains moden beri penjelasan tentang emosi & imun, amalan spiritual ini tetap relevan – sebab ia beri ketenangan jiwa kepada ibu bapa dan aura positif pada anak.
Apa Yang Ibu Boleh Buat Untuk Redakan Tantrum?
✨ Tenangkan diri dulu – anak boleh rasa emosi kita. Bila ibu bapa panik, anak makin kuat tantrum.
✨ Peluk & validasi emosi anak – biar mereka rasa difahami.
✨ Alih perhatian – ajak buat aktiviti lain, nyanyi lagu, atau bagi mainan.
✨ Pastikan anak cukup tidur & makan – elakkan trigger mudah seperti lapar & letih.
✨ Sokongan nutrisi untuk imun & saraf anak- BElixz Shiruto → bantu redakan keradangan selepas vaksin/AEFI, cepatkan pemulihan, dan pada masa sama menguatkan imun. Nutrien IP-PA1 dalam Shiruto terbukti boleh boost keberkesanan vaksin dengan menguatkan tindak balas imun badan.
- BElixz N’exBio → baiki usus & seimbangkan mikrobiom; bantu kurangkan kembung dan tingkatkan keselesaan perut.
- Aulora Socks/Scarf → sokong peredaran darah & regulate saraf autonomi, bantu anak lebih tenang.
Bila Perlu Risau?
Tantrum biasanya akan berkurang bila anak makin besar dan pandai kawal emosi. Tapi jika anak:
- Sering inconsolable cry berjam-jam,
- Berat badan makin turun,
- Atau ada tanda sakit serius selepas vaksin,
📌 Segera rujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Kesimpulan
➡️ Tantrum anak setahun lebih adalah normal, tapi ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor kesihatan (contohnya selepas vaksin/AEFI atau perut kembung) atau persekitaran.
➡️ Ibu bapa boleh bantu anak dengan cara tenangkan, peluk, alih perhatian, cukupkan tidur & nutrisi.
➡️ Shiruto & N’exBio boleh dijadikan sokongan tambahan – bantu redakan keradangan, baiki penghadaman & kuatkan imun anak.
➡️ Jangan lupa juga amalan spiritual seperti menutup pintu waktu maghrib & bacaan ayat pelindung – gabungan sains & rohani beri keseimbangan terbaik untuk anak.Dengan pendekatan seimbang, anak akan lebih tenang, ibu bapa pun lebih yakin dan lega.
Klik [WhatsApp saya] untuk consultation mesra ibu & anak.
-
Apa Itu Saraf Tersepit (Spondylosis) & Bagaimana Aulora Pants Boleh Membantu
Apa Itu Saraf Tersepit?
Saraf tersepit berlaku bila saraf dalam tulang belakang atau sekitar sendi ditekan oleh tulang, otot, atau tisu lain. Dalam istilah perubatan, keadaan ini sering dikaitkan dengan spondylosis – iaitu perubahan degeneratif pada tulang belakang akibat faktor usia, postur, atau kecederaan.
Simptom Biasa Bila Saraf Tersepit:
- Sakit mencucuk atau berdenyut pada pinggang, leher, atau kaki
- Rasa kebas atau semut-semut pada tangan dan kaki
- Otot jadi lemah
- Sukar bergerak atau duduk lama
Keadaan ini boleh mengganggu aktiviti harian, malah menyebabkan tekanan emosi bila sakit tidak hilang dalam jangka masa lama.

Kenapa Saraf Boleh Tersepit?
Beberapa faktor utama:
- Penuaan – cakera tulang belakang haus → ruang saraf jadi sempit.
- Slip disc – gel tulang belakang menekan saraf.
- Otot tegang – otot terlalu ketat boleh menekan saraf.
- Kecederaan – jatuh, angkat berat, atau kemalangan.
Bila saraf tersepit, peredaran darah juga terganggu, sebab itu badan susah nak pulih.
Bagaimana Aulora Pants Membantu?
Aulora Pants tidak “membaiki tulang” atau “menolak saraf ke tempat asal” – itu kerja pakar ortopedik. Tetapi ia membantu dari sudut peredaran darah, saraf, dan otot.
Teknologi KODENSHI® dari Jepun
Fabrik Aulora dipatenkan dengan KODENSHI® Fiber yang mengandungi seramik nano.
- Ia menyerap haba badan → tukar jadi Far Infrared Rays (FIR)
- FIR menembusi tisu sehingga 4–5 cm → sampai ke otot & saraf
Kesan Far Infrared kepada Saraf & Otot
- Melancarkan aliran darah – salur darah kapilari terbuka, oksigen & nutrisi sampai lebih cepat ke kawasan saraf yang tertekan.
- Mengurangkan ketegangan otot – otot yang tegang mula relax, jadi tekanan pada saraf berkurang.
- Menyokong proses pemulihan semula jadi – badan sendiri boleh repair kerosakan kecil pada tisu saraf.
- Keseimbangan saraf autonomi – FIR juga membantu stabilkan sistem saraf → kurang stress, tidur lebih lena, badan lebih tenang.

Kenapa Perlu Konsisten Pakai?
Proses pemulihan saraf ambil masa.
Sel darah merah ambil ±120 hari untuk renew.
👉 Konsisten pakai Aulora setiap hari → badan dapat masa cukup untuk reset circulation & kurangkan simptom saraf tersepit.Testimoni Pengguna
- “Dulu susah nak jalan sebab saraf tersepit. Lepas konsisten pakai Aulora, rasa sakit makin reda, boleh bergerak lebih bebas.”
- “Rasa kebas tangan & kaki dah banyak berkurang selepas 3 bulan.”
Kesimpulan
Saraf tersepit memang menyakitkan dan boleh ganggu kehidupan seharian. Rawatan doktor sangat penting untuk kes yang serius. Tetapi, untuk sokongan harian, Aulora Pants boleh jadi ikhtiar tambahan. Dengan teknologi Far Infrared, ia bantu lancarkan darah, kurangkan tekanan pada saraf, dan beri peluang badan pulih dengan lebih baik.

👉 Nak tahu lebih lanjut tentang saiz & cara pemakaian Aulora? Klik [Whatsapp Saya] untuk konsultasi.