Leaky Gut

  • Aulora,  BElixz Functional Food,  Blog,  Immune Support,  Kidney,  Leaky Gut,  LivCore,  NexBio,  Probiotic/Prebiotic/Postbiotic,  Shiruto,  Spirulina

    Masalah Buah Pinggang Tahap 5 (Stage 5 Kidney Disease): Penerangan & Sokongan Nutrisi Menyeluruh

    Lately, Fahima terima banyak mesej dan DM dari mereka yang ada masalah buah pinggang tahap 5. Ramai sangat yang sedang mencari ikhtiar — bukan untuk menggantikan rawatan hospital, tapi untuk memperbaiki kualiti hidup. Ramai juga yang penat dengan simptom berulang, emosi tak stabil, dan badan yang semakin lemah hari demi hari.

    Fahima faham perasaan tu. Sebab tu Fahima nak terangkan dengan lebih jelas…

    Produk BE bukan ubat. Kita tak claim produk ni untuk menyembuhkan, apatah lagi menggantikan dialisis.

    Tapi… kalau kita ikhtiar dengan ilmu dan konsisten, banyak testimoni di TikTok dan dunia sebenar yang menunjukkan peningkatan positif — walaupun masih perlu dialisis.

    Fahima selalu ingatkan — dialisis tetap perlu selagi fungsi buah pinggang belum kembali stabil. Tapi kita boleh bantu tubuh agar lebih kuat, lebih bersedia, dan kurang komplikasi.

    Dan ya, bila ikhtiar dengan produk BE, follow up sangat penting.

    Kalau anda bersama Fahima, insyaAllah Fahima akan guide dan pantau dari semasa ke semasa. Dalam sesetengah kes, kita juga boleh dapatkan pandangan kedua dari Dr. Nurulhuda — pakar kami dalam kesihatan usus dan pemulihan tubuh secara holistik.

    APA ITU MASALAH BUAH PINGGANG TAHAP 5?

    Stage 5 Kidney Disease, juga dikenali sebagai End-Stage Renal Disease (ESRD), berlaku apabila fungsi buah pinggang tinggal kurang daripada 15%. Pada tahap ini, buah pinggang tidak lagi mampu menapis sisa toksin, garam, air berlebihan dan bahan buangan daripada darah secara efisien.

    Simptom utama termasuk:

    • Keletihan melampau
    • Gatal-gatal seluruh badan
    • Bengkak pada kaki atau muka
    • Hilang selera makan
    • Anemia (darah rendah)
    • Nafas pendek
    • Tekanan darah tidak stabil
    • Risiko jangkitan tinggi

    Pesakit tahap 5 biasanya memerlukan:

    • Dialisis (rawatan menapis darah)
    • Pemindahan buah pinggang (jika sesuai)

    Namun, ramai pesakit dan keluarga mencari alternatif untuk menyokong kualiti hidup, mengurangkan komplikasi dan memperkuatkan tubuh untuk menghadapi rawatan.

    MATLAMAT UTAMA IKHTIAR DENGAN PRODUK BE:

    1. Kurangkan beban keradangan (inflammation) & toksin dalam badan
    2. Sokong sistem imun supaya tak mudah jatuh sakit
    3. Baiki peredaran darah & fungsi sel supaya tubuh boleh bertahan
    4. Sokong proses detox semulajadi (bukan paksa buah pinggang bekerja)
    5. Perkuatkan badan secara menyeluruh agar lebih stabil menghadapi dialisis & rawatan

    AULORA PANTS & TOPKunci kepada peredaran darah & keseimbangan saraf

    Bagaimana bantu pesakit buah pinggang:

    • Far Infrared Rays (FIR) daripada Kodenshi bantu:
      • Melancarkan peredaran darah ke organ penting termasuk buah pinggang
      • Mengurangkan tekanan darah tinggi, salah satu faktor utama kerosakan buah pinggang
      • Menstabilkan sistem saraf autonomi yang bantu pengeluaran hormon dan keseimbangan tubuh
      • Mengurangkan bengkak air (edema) dengan menyokong saliran limfa
      • Membantu pesakit tidur lebih lena dan rehat lebih berkualiti
      • Memberi kesan langsung ke atas otot dan saraf – membantu legakan kebas, kekejangan dan kesakitan, terutamanya pada kaki dan tangan
    • Bantu tidur lebih lena & rehat lebih dalam
    • Sesuai dipakai minimum 20 jam sehari untuk hasil maksimum

    💡 Bila darah lancar, hormon stabil, badan tenang — barulah nutrisi lain boleh berfungsi dengan lebih efektif.

    SHIRUTOPengawal imun & anti-inflamasi paling berkuasa

    Bagaimana bantu pesakit buah pinggang:

    • Mengandungi IP-PA1, hasil fermentasi gandum, aktifkan makrofaj – sel imun paling penting dalam badan
    • Makrofaj bantu:
      • Serap & singkirkan sel rosak / abnormal
      • Kurangkan keradangan dalam sistem darah & organ
      • Kawal tindak balas imun (elak overactive yang boleh rosakkan buah pinggang)
    • Kajian menunjukkan IP-PA1:
      • Kurangkan komplikasi jangkitan
      • Sokong kawalan diabetes & kolesterol – dua punca utama kerosakan buah pinggang
      • Percepat proses pemulihan tisu
    • Bagaimana ia membantu:
    • Mengaktifkan sel imun utama iaitu makrofaj untuk:
      • Mengawal keradangan kronik dalam tubuh
      • Menyingkirkan sel rosak dan toksin dengan efisien
      • Mengurangkan risiko jangkitan (kerana pesakit ESRD lebih mudah dijangkiti)
    • Menstabilkan sistem imun dan membantu pemulihan tisu secara semulajadi

    💡 Shiruto bantu tubuh bertahan daripada jangkitan, kurangkan inflamasi kronik dan bantu detox melalui sistem imun — bukan melalui buah pinggang.

    N’EXBIOKunci baiki usus & sokong imun dari akar

    Bagaimana bantu pesakit buah pinggang:

    • Gabungan prebiotik, probiotik & postbiotik:
      • Prebiotik – makanan untuk bakteria baik
      • Probiotik – bakteria baik hidup yang bantu proses detox melalui usus
      • Postbiotik – hasil kerja bakteria baik, bantu baiki tisu & kawal keradangan
    • Dalam pesakit CKD, usus bocor & tidak seimbang:
      • Banyak toksin bocor ke darah, jadi beban kepada buah pinggang
      • N’exBio bantu tutup kebocoran usus, stabilkan imun dari usus
    • Bantu proses detox melalui najis → kurangkan beban pada buah pinggang
    • Peranan dalam kesihatan buah pinggang:
      • Baiki usus yang bocor (leaky gut) – masalah biasa dalam pesakit CKD
      • Seimbangkan mikrobiom usus yang bantu mengurangkan toksin merayap ke darah
      • Bantu penyingkiran toksin melalui saluran najis, bukan hanya buah pinggang
      • Menyokong sistem imun dari usus (gut-immune axis)
      • Kurangkan penghasilan “uremic toxin” dalam usus – sebab bakteria jahat dalam usus (seperti Proteobacteria) akan hasilkan toksin seperti indoxyl sulfate dan p-cresyl sulfate
      • Bila toksin ini menyerap ke dalam darah, ia akan membebankan lagi buah pinggang yang sudah lemah
    • Kesihatan usus = asas kepada imun, hormon dan detoksifikasi yang lebih selamat. Bila mikrobiom seimbang, penghasilan toksin dari usus pun berkurang — dan ini bantu ringankan kerja buah pinggang.

    💡 Kalau usus bocor dan tak sihat, toksin akan merayap ke seluruh badan dan buah pinggang jadi lebih rosak. N’exBio bantu repair dari akar.

    LIVCORESokong fungsi detox melalui hati

    Bagaimana bantu pesakit buah pinggang:

    • Mengandungi:
      • Milk Thistle (Silymarin) – anti-radang & pelindung sel hati
      • Artichoke – galakkan penghasilan hempedu & kurangkan kolesterol
      • Glukoraphanin (biji brokoli) – aktifkan enzim detox fasa 2
      • Kunyit (THCs) – lebih kuat dari curcumin untuk antioksidan & anti-radang
      • Ekstrak Oakwood Perancis (Roburin) – bantu tenaga sel & mitokondria
    • Bila buah pinggang lemah, hati perlu ambil alih peranan detox
    • LivCore bantu hati:
      • Jalankan proses detox secara lebih efisien
      • Kurangkan risiko ammonia berlebihan dalam darah (common dalam CKD)
    • Bagaimana bantu pesakit buah pinggang:
      • Bila buah pinggang lemah, hati perlu ambil alih sebahagian tugas detox
      • LivCore bantu hati menjalankan peranannya dengan lebih cekap tanpa membebankan organ lain

    💡 Kita bantu organ lain (hati, usus) ambil alih peranan detox agar buah pinggang boleh “rehat” dan tidak semakin rosak.

    SPIRULINANutrisi lengkap untuk sel yang sedang tenat

    Bagaimana bantu pesakit buah pinggang:

    • Kaya dengan protein, zat besi, klorofil, magnesium, B-vitamin, antioksidan
    • Mudah diserap walaupun sistem penghadaman pesakit CKD lemah
    • Bantu:
      • Naikkan Hb – pesakit buah pinggang mudah dapat anemia
      • Tingkatkan tenaga sel (ATP) – melalui sokongan mitokondria
      • Kurangkan inflamasi selular & stres oksidatif
      • Pulihkan tisu otot & sistem badan yang merosot
      • Makanan super dengan nutrisi lengkap & mudah serap
      • Kaya dengan protein, zat besi, magnesium, klorofil, vitamin B kompleks
      • Anti-radang dan antioksidan tinggi untuk bantu tisu pulih
      • Tidak membebankan sistem penghadaman

    💡 Ramai pesakit stage 5 makan sangat sedikit → jadi cepat lemah. Spirulina bantu topup nutrisi tanpa bebankan perut atau buah pinggang.

    CADANGAN PENGGUNAAN UNTUK PESAKIT STAGE 5:

    ProdukCara Penggunaan (Cadangan)
    Aulora Pants & TopPakai 20 jam sehari minimum
    Shiruto2–8 sachet sehari (ikut kondisi)
    N’exBio3 sachet sehari selepas makan
    LivCore2 biji malam sebelum tidur
    Spirulina4–6 tablet sehari (sokongan tenaga dan HB)

    PENUTUP: KESIHATAN ADALAH USAHA BERSAMA

    Masalah buah pinggang tahap 5 sangat mencabar – fizikal, emosi dan kewangan. Namun, dengan pendekatan menyeluruh yang menyokong tubuh secara sistemik, kita dapat bantu pesakit:

    • Menjalani dialisis dengan lebih stabil
    • Kurangkan komplikasi
    • Pulih dengan lebih tenang
    • Tingkatkan kualiti hidup

    Kita bukan cuba menggantikan rawatan perubatan, tapi menyokong tubuh agar mampu bertahan dan pulih secara holistik.

    Disclaimer: Produk BE International bukan ubat dan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan sebarang penyakit. Hasil berbeza mengikut individu dan harus digunakan sebagai sokongan tambahan bersama rawatan perubatan.

    Untuk konsultasi lanjut atau cadangan pemilihan produk yang bersesuaian, boleh terus hubungi Fahima melalui WhatsApp.

  • Alzheimer,  Aulora,  Dementia,  Immune Support,  Leaky Gut,  Neurodegenerative,  NexBio,  Parkinson,  Probiotic/Prebiotic/Postbiotic,  Shiruto,  Spirulina

    Gut-Brain Axis: Harapan Baru untuk Alzheimer dan Parkinson Melalui Sokongan Usus, Imun dan Nutrisi Otak

    Dalam beberapa tahun terakhir, semakin banyak kajian saintifik membuktikan bahawa otak kita tidak berfungsi secara berasingan — ia sangat bergantung kepada kesihatan usus. Konsep ini dikenali sebagai gut-brain axis, iaitu hubungan dua hala antara sistem penghadaman dan sistem saraf pusat. Untuk penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson, penemuan ini membuka harapan baharu dalam rawatan sokongan dan pemulihan.


    Gut-Brain Axis: Usus yang Bocor, Otak yang Meradang

    Sistem penghadaman dan otak saling berkomunikasi melalui saraf vagus, hormon, dan sistem imun. Bila dinding usus menjadi bocor (leaky gut) akibat pemakanan, stres, ubatan atau mikrobiota tak seimbang, bahan toksik dan sisa makanan tak hadam boleh memasuki salur darah dan akhirnya sampai ke otak.

    Kajian menunjukkan bahawa toksin ini boleh mencetuskan keradangan kronik dalam otak, yang seterusnya menyumbang kepada pengumpulan protein toksik seperti beta-amyloid dalam Alzheimer dan alpha-synuclein dalam Parkinson.

    “Gut microbiota and intestinal permeability contribute to neuroinflammation and neurodegenerative diseases” — Frontiers in Immunology, 2021

    Produk seperti N’exBio, yang mengandungi prebiotik, probiotik dan postbiotik, membantu menutup semula kebocoran usus dan menstabilkan mikrobiota. Ini secara langsung mengurangkan tekanan pada sistem imun dan menurunkan keradangan yang berlebihan dalam sistem saraf pusat.


    Strain Probiotik Terpilih dari Chr. Hansen: Asas Kukuh untuk Otak dan Usus

    N’exBio menggunakan probiotik premium dari Chr. Hansen — salah satu syarikat bioteknologi terkemuka dunia dari Denmark. Tiga strain utama yang digunakan:

    • BB-12 (Bifidobacterium animalis subsp. lactis) – membantu menguatkan sistem imun dan menyokong keseimbangan mikrobiota
    • LA-5 (Lactobacillus acidophilus) – membantu pencernaan dan mengurangkan simptom gastrointestinal seperti kembung, sembelit dan cirit
    • LGG (Lactobacillus rhamnosus GG) – salah satu strain paling dikaji di dunia; terbukti menyokong kesihatan mental melalui komunikasi usus-otak dan membantu mengurangkan simptom kemurungan dan anxiety

    “Probiotic strain Lactobacillus rhamnosus GG modulates GABA receptor expression in the brain and reduces anxiety and depression-related behavior” — PNAS, 2011

    Strain-strain ini bukan sahaja selamat, tetapi telah terbukti membantu menghasilkan neurotransmitter, mengawal hormon stres dan memperbaiki integriti dinding usus.


    Shiruto: Aktifkan Makrofaj — ‘Tukang Sapu’ & Pembaik Pulih Otak

    Dalam otak, sel imun yang dinamakan mikroglia (versi makrofaj dalam otak) memainkan peranan penting untuk ‘membersihkan’ sel mati, plak protein dan bahan toksik. Namun, dalam Alzheimer dan Parkinson, fungsi mikroglia ini menjadi lemah atau terlalu agresif — menyebabkan lebih banyak kerosakan.

    Shiruto, hasil penyelidikan oleh Prof. Inagawa, mengandungi IP-PA1, satu bahan aktif hasil penapaian gandum, yang terbukti secara klinikal mengaktifkan makrofaj melalui reseptor TLR4. Ini bantu sistem imun:

    • Membersihkan plak beta-amyloid dan protein toksik
    • Mengurangkan keradangan saraf kronik
    • Merangsang pembaikan tisu saraf rosak

    “TLR4-activated macrophages facilitate neuroprotection and clearance of beta-amyloid plaques” — Journal of Neuroinflammation, 2020

    Lebih menarik, makrofaj yang diaktifkan secara bijak juga berperanan dalam merangsang neurogenesis – pembentukan sel otak baharu.

    Namun dalam banyak kes, makrofaj perlukan ‘bahan mentah’ untuk berfungsi. Ini sebabnya sesetengah pesakit hanya mula menunjukkan perubahan positif bila Shiruto digabungkan dengan Spirulina — ia bantu makrofaj bekerja dengan lebih efektif.


    Spirulina: Makanan Lengkap untuk Otak yang Letih dan Rosak

    Spirulina adalah sejenis superfood yang kaya dengan protein lengkap, zat besi, vitamin B, magnesium dan antioksidan kuat seperti phycocyanin. Semua nutrien ini amat penting untuk fungsi otak, pembentukan neurotransmitter dan pemulihan sel saraf.

    Salah satu peranan paling penting Spirulina ialah menyokong fungsi mitokondria — pusat jana tenaga bagi setiap sel badan, termasuk sel otak. Dalam otak, mitokondria menghasilkan ATP (adenosine triphosphate), iaitu sumber tenaga utama untuk komunikasi antara neuron dan penyelenggaraan fungsi kognitif.

    Bila mitokondria lemah akibat stres oksidatif atau kekurangan nutrien, penghasilan ATP akan berkurang → otak cepat letih, memori merosot, dan sel mula rosak. Spirulina membantu mengembalikan tenaga sel otak melalui:

    • Meningkatkan fungsi mitokondria dan penghasilan ATP
    • Mengurangkan tekanan oksidatif yang rosakkan mitokondria
    • Memberi kesan neuroprotective (lindungi saraf otak dari kerosakan)

    Spirulina juga terbukti menyokong kesihatan otak dengan:

    • Mengurangkan tekanan oksidatif dalam neuron
    • Menyokong keseimbangan GABA dan serotonin (neurotransmitter penting untuk mood dan memori)
    • Membekalkan bahan asas kepada makrofaj untuk bekerja membaiki tisu

    “Spirulina and its neuroprotective effects: A review of the mechanisms and potential applications in neurodegenerative diseases” — Neurochemical Research, 2022

    Spirulina sangat sesuai diberikan kepada pesakit neurodegeneratif yang hilang selera makan, cepat letih, atau tidak dapat menyerap nutrisi dari makanan harian.


    Aulora Pants: Peredaran Darah yang Baik, Kunci kepada Pemulihan

    Salah satu kunci kepada kesihatan dan fungsi otak adalah peredaran darah yang lancar. Tanpa aliran darah yang baik, nutrien dan oksigen sukar sampai ke otak, dan proses detoksifikasi juga terganggu.

    Aulora Pants menggunakan teknologi Kodenshi Far Infrared (FIR) yang terbukti:

    • Meningkatkan pengaliran darah mikro (microcirculation)
    • Menyokong proses detoksifikasi melalui peluh
    • Menstabilkan sistem saraf autonomi termasuk saraf vagus

    “Far-infrared therapy improves endothelial function and reduces inflammation” — Circulation Journal, Japanese Circulation Society, 2008

    “Kodenshi fiber technology enhances microcirculation and tissue oxygenation” — Prof. Noboru Shimizu, Japan Bioengineering Society

    Dengan peredaran darah yang lebih baik, nutrisi dari Spirulina dan fungsi imun dari Shiruto lebih mudah sampai ke otak, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan semula jadi tubuh.


    Neuroplasticity: Otak Mampu Pulih Bila Diberi Sokongan Yang Betul

    Dulu kita percaya otak manusia tidak boleh pulih selepas kerosakan. Namun, kajian terkini dalam bidang neuroplasticity membuktikan sebaliknya — otak boleh mencipta sambungan saraf baru, membentuk sel baru, dan ‘belajar semula’ fungsi tertentu, terutamanya bila tekanan keradangan dikurangkan dan nutrien mencukupi.

    “Adult neurogenesis is possible in the hippocampus, even in aging and neurodegenerative conditions” — Nature Reviews Neuroscience, 2018

    Gabungan Shiruto + N’exBio + Spirulina + Aulora Pants memberi peluang kepada otak untuk mula stabil dan perlahan-lahan pulih — bukan melalui ubat semata-mata, tetapi melalui biologi semula jadi tubuh yang disokong dengan nutrisi dan imuniti bijak.


    Kesimpulan: Tubuh Boleh Pulih Bila Disokong Dengan Bijak

    Penyakit Alzheimer dan Parkinson bukan sekadar penyakit otak — ia adalah penyakit seluruh sistem. Usus yang bocor, sistem imun yang keliru, serta kekurangan nutrien semuanya menyumbang kepada kemerosotan otak.

    Dengan pemahaman baru ini, kita bukan hanya menunggu rawatan perubatan moden — tetapi kita boleh mula menyokong tubuh untuk pulih melalui pendekatan biologi dan nutrisi yang menyeluruh.

    “Heal the gut, and the brain may follow.”

    Jika anda sedang menjaga orang tersayang yang mengalami dementia, Parkinson, Alzheimer atau masalah mental kronik — Fahima sedia bantu anda faham dan ikhtiar dari akar.

    Boleh hubungi Fahima untuk consultation peribadi & panduan produk yang paling sesuai dengan keadaan semasa.

    Jom mula ikhtiar sesuatu untuk jaga otak kita. Selagi ada harapan, kita usaha.

    Click sini untuk contact Fahima 🙂

  • Gastric,  Gerd,  Leaky Gut,  NexBio,  Probiotic/Prebiotic/Postbiotic

    Bagaimana N’exBio Bantu Tutup Leaky Gut?

    Leaky gut atau usus bocor adalah punca banyak masalah — dari alergi, autoimun, hinggalah ke masalah emosi dan otak kabur (brain fog).

    NéxBio berfungsi dari akar — bukan sekadar kurangkan simptom, tapi bantu baik pulih dinding usus.

    1. Membaiki Persekitaran Microbiome

    ✅ NéxBio mengandungi prebiotik – iaitu makanan kepada bakteria baik dalam usus.

    📊 Dalam perut kita, 75% daripada mikrobiom perlu terdiri daripada bakteria baik supaya sistem pencernaan, imun, dan emosi kekal stabil.

    2. Menyokong Bakteria Baik → SCFA untuk Otak

    Apabila bakteria baik cukup makan dan aktif, mereka akan:

    • 🧪 Hasilkan SCFA (Short-Chain Fatty Acids) – sumber tenaga penting untuk otak & sel usus.
    • 🔬 Bantu repair lapisan usus yang bocor.

    SCFA ni macam ‘superfood’ dalam perut yang bantu kurangkan keradangan, bantu fokus & emosi lebih stabil.

    3. Tak Semua Probiotik Sesuai untuk Semua Orang

    Ramai tak tahu:

    • ❌ Ada probiotik yang hasilkan histamin → boleh sebabkan alergi & keradangan.
    • ❌ Ada strain probiotik tak serasi dengan mikrobiom kita sendiri.

    💡 Tapi dalam NéxBio, ada 4 jenis prebiotik terpilih yang:

    • Bagi makan hanya kepada bakteria baik (strain yang penting)
    • Galakkan penghasilan bakteria sendiri, bukan tambah dari luar saja

    4. Proses Kolonisasi – Bakteria Baik Beranak Pinak!

    Bila usus stabil:

    • Bakteria baik membiak sendiri dan mula menduduki usus secara tetap
    • Berlaku proses colonisation – sangat penting untuk jangka panjang

    5. Penghasilan Postbiotic – Metabolit Hebat

    Akhirnya, bakteria baik akan hasilkan:

    • Postbiotik – iaitu hasil metabolik daripada bakteria baik
    • Postbiotic ni dah readily available – mudah diserap tubuh
    • Terlibat dalam:
      • Penyerapan zat
      • Pemulihan tisu usus
      • Keseimbangan hormon & mood

    ✨ Kesimpulan:

    NéxBio bukan sekadar prebiotik.
    Ia adalah game changer untuk baiki usus bocor, dengan pendekatan holistik:

    🧩 Prebiotik → Bakteria Baik → SCFA → Colonisation → Postbiotik → Usus Sihat → Otak & Emosi Stabil

    Dapatkan NexBio dengan Fahima. Click sini untuk wasap Fahima.
    Fahima akan bantu consult korang sebaik mungkin. In sha Allah.