Anak Setahun Lebih Selalu Tantrum – Normal Ke? Apa Yang Ibu Boleh Buat?
Setiap ibu bapa pasti pernah lalui saat anak tiba-tiba menangis kuat, meraung, mengamuk, berguling, susah dipujuk – itulah yang kita panggil tantrum.
Tantrum sebenarnya adalah fasa normal perkembangan anak, terutama pada usia 1–3 tahun. Tetapi, sebagai ibu bapa, kita tetap perlu faham kenapa tantrum berlaku, bila ia masih normal, dan bagaimana nak support anak supaya lebih cepat bertenang.
Kenapa Anak Suka Tantrum?
1. Perkembangan emosi & otak
Anak kecil belum matang dari segi emosi. Bila mereka lapar, letih, sakit atau tak dapat apa yang dimahukan, cara paling mudah untuk luahkan ialah dengan menangis & tantrum.
2. Kurang tidur atau kepenatan
Kurang tidur buat anak jadi cepat marah, cerewet, dan lebih sukar dikawal emosinya.
3. Mahu berdikari tetapi terhad
Umur setahun lebih, anak mula nak cuba banyak benda sendiri – nak makan sendiri, nak ambil barang sendiri. Bila tak berjaya atau dihalang, tantrum pun berlaku.
4. Faktor selepas vaksin – AEFI (Adverse Event Following Immunization)
Selain faktor emosi & perkembangan, ada juga situasi di mana anak jadi lebih cranky atau tantrum selepas dapat vaksin. Ini dikenali sebagai AEFI.
Antara tanda AEFI yang biasa:
- Demam ringan
- Bengkak / kemerahan di tempat suntikan
- Anak jadi lebih meragam
- Inconsolable cry (menangis lama & sukar ditenangkan)
📌 Ini sebenarnya tanda sistem imun anak sedang bekerja. Vaksin “provok” badan untuk aktifkan pertahanan → jadi ada sedikit keradangan (inflammation). Itu sebab anak rasa tak selesa dan menangis.
👉 Untuk bacaan lanjut tentang keselamatan vaksin & panduan rasmi AEFI, ibu boleh rujuk terus panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Panduan Keselamatan Vaksin oleh KKM
5. Kembung perut & masalah penghadaman
Sistem penghadaman anak kecil belum matang sepenuhnya. Sebab itu mereka mudah alami:
- Perut kembung (gas trapped)
- Sembelit atau cirit-birit
- Rasa tidak selesa bila perut penuh angin
Keadaan ini boleh buat anak jadi lebih meragam & tantrum kerana perut rasa sakit tapi mereka tak pandai luahkan.
6. Petua orang dulu-dulu & aspek spiritual
Selain faktor biologi, orang dulu percaya tantrum juga boleh dipengaruhi oleh gangguan waktu tertentu & persekitaran.
- Jangan bawa anak keluar ketika senja/maghrib.
- Tutup pintu & tingkap sebelum masuk waktu maghrib.
- Amalkan bacaan pelindung seperti Ayat Kursi, Al-Fatihah, 3 Qul.
Walaupun sains moden beri penjelasan tentang emosi & imun, amalan spiritual ini tetap relevan – sebab ia beri ketenangan jiwa kepada ibu bapa dan aura positif pada anak.
Apa Yang Ibu Boleh Buat Untuk Redakan Tantrum?
✨ Tenangkan diri dulu – anak boleh rasa emosi kita. Bila ibu bapa panik, anak makin kuat tantrum.
✨ Peluk & validasi emosi anak – biar mereka rasa difahami.
✨ Alih perhatian – ajak buat aktiviti lain, nyanyi lagu, atau bagi mainan.
✨ Pastikan anak cukup tidur & makan – elakkan trigger mudah seperti lapar & letih.
✨ Sokongan nutrisi untuk imun & saraf anak
- BElixz Shiruto → bantu redakan keradangan selepas vaksin/AEFI, cepatkan pemulihan, dan pada masa sama menguatkan imun. Nutrien IP-PA1 dalam Shiruto terbukti boleh boost keberkesanan vaksin dengan menguatkan tindak balas imun badan.
- BElixz N’exBio → baiki usus & seimbangkan mikrobiom; bantu kurangkan kembung dan tingkatkan keselesaan perut.
- Aulora Socks/Scarf → sokong peredaran darah & regulate saraf autonomi, bantu anak lebih tenang.
Bila Perlu Risau?
Tantrum biasanya akan berkurang bila anak makin besar dan pandai kawal emosi. Tapi jika anak:
- Sering inconsolable cry berjam-jam,
- Berat badan makin turun,
- Atau ada tanda sakit serius selepas vaksin,
📌 Segera rujuk doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Kesimpulan
➡️ Tantrum anak setahun lebih adalah normal, tapi ia juga boleh dipengaruhi oleh faktor kesihatan (contohnya selepas vaksin/AEFI atau perut kembung) atau persekitaran.
➡️ Ibu bapa boleh bantu anak dengan cara tenangkan, peluk, alih perhatian, cukupkan tidur & nutrisi.
➡️ Shiruto & N’exBio boleh dijadikan sokongan tambahan – bantu redakan keradangan, baiki penghadaman & kuatkan imun anak.
➡️ Jangan lupa juga amalan spiritual seperti menutup pintu waktu maghrib & bacaan ayat pelindung – gabungan sains & rohani beri keseimbangan terbaik untuk anak.
Dengan pendekatan seimbang, anak akan lebih tenang, ibu bapa pun lebih yakin dan lega.
Klik [WhatsApp saya] untuk consultation mesra ibu & anak.