aulora pants review
Aulora,  Aulora Pants,  Review

AULORA PANTS UNTUK IBU SELEPAS BERSALIN [AULORA PANTS REVIEW]

Ni adalah review jujur dan ikhlas Kak Yang tentang Aulora Pants. Bermula dengan penuh sceptical akhirnya jatuh cinta dan jatuh sayang.

Okay. Jom Kak Yang cerita ya!

Kak Yang bersalin anak pertama pada August 2022. Alhamdulillah, process bersalin normal dan pada Kak Yang sangat mudah walaupun untuk anak pertama. Nak cerita pengalaman bersalin ni, post lain pula la ya! 😁

Selepas bersalin, Kak Yang tak dapat berpantang dengan baik. Pantang sendiri, suami yang jaga, tiada orang dewasa boleh sentiasa ulik badan yang perlu diurut dan dibelai. Suami sangat banyak membantu untuk dua minggu pertama. Masuk minggu ketiga, Kak Yang rasa diri dah mulai kuat dan Kak Yang dah mula buat kerja rumah sikit-sikit. Sidai baju, angkat baju, naik turun tangga. Tak sedar diri sedang berpantang! Kak Yang boleh buat semua tu sebab memang Kak Yang tak rasa sakit malah rasa badan itu sangat sihat.

BERMULA PENDERITAAN KU… SAKIT TULANG PUNGGUNG…

Akibatnya, menginjak minggu ke empat, badan Kak Yang mula sakit. Alhamdulillah masa ni dapat panggil orang urut badan straight untuk 3 hari. Rasa banyak lega juga sakit badan tu. Tapi… badan Kak Yang masih sakit sana sini khususnya tongkeng. (Kak Yang panggil sakit tongkeng la). Kak Yang jadi tak boleh duduk lama, mengiring pun sakit, berdiri pun sakit, bersila pun sakit, nak bangun dari duduk pun sakit. Aih…. Pendek cerita serba serbi sakit la! Nak bangkit mesti minta tolong suami tarik. Bila suami kerja, tinggal sendiri, memang ku berendam air mata dengan kesakitan itu.

Rasa sakit tu ada electric shock. Dia sekali datang tu, macam kena panahan eletrik dari pangkal punggung sehingga tapak kaki. Rupanya dalam medical language sakit ni nama dia sciatica pain!

Sciatic nerve yang tersepit menyebabkan rasa sakit dari buttocks sehingga hujung jari kaki.

HEALING PROCESS SELEPAS BERSALIN LAMBAT. PROCES PENYUSUAN TERGANGGU

Disebabkan sakit ni teramat sakit, tahap Kak Yang takut nak mengiring sebelah kanan khususnya, Kak Yang jadi stress. Process penyusuan terganggu dan jadi double susah.

PERJALANAN MERAWAT SCIATIC PAIN BERMULA…

Sejurus selepas Kak Yang habis pantang, Kak Yang mula treatment untuk sakit sciatica ni. Chiropractic, acupuncture, berurut, exercise khas untuk sciatica pun buat, physiotherapy, beli pebagai jenis bantal nak selesa baring dan duduk. Sepanjang usaha Kak Yang selama 3 bulan lebih kurang, ribuan juga Kak Yang perhabis demi mencari sebuah kesembuhan. Jumpa doktor juga sudah. Doktor bagi painkiller dan apa entah satu lagi cream panas kena sapu selalu.

MULA BERKENALAN DAN BERMESRA DENGAN AULORA PANTS

Kak Yang guna Aulora Pants Limited Edition, Merlot

Sehinggalah April 2023, kakak Kak Yang belikan Aulora Pants dan suruh Kak Yang pakai. Kak Yang tak mampu nak beli sendiri dah masa ni. Bajet dah lari selepas usaha macam-macam.

Jujurnya, Kak Yang tak excited pun nak pakai Aulora Pants masa awal-awal dapat seluar tu. Sebab Kak Yang rasa tak masuk akal. Pakai seluar sakit punggung hilang? Ni semua placebo je. Tapi, kakak Kak Yang selalu follow up. Dah pakai belum rasa macam mana. Sebagai adab, kakak dah tolong macam tu rupa, Kak Yang pun akur. Pakai Aulora Pants dengan penuh kecurigaan dan kesangsian…

KALI PERTAMA MENYARUNG AULORA PANTS

Malam pertama Kak Yang pakai, kaki Kak Yang rasa panas-panas suam-suam gitu. Rasa ada sesuatu bergerak bawah kulit. Rasa tu tak la pelik sehingga terlalu mengganggu. Rasa yang just nice. Malam tu, Kak Yang tidur lena yang amat! Rasa deep sleep yang sungguh-sungguh deep sleep. Sejak beranak, tak rasa dah deep sleep yang macam tu. Malam pertama pakai Aulora Pants, dapat deep sleep! Alhamdulillah.

MINGGU KEDUA BERSAMA AULORA PANTS

Masuk minggu kedua Kak Yang pakai pants, Kak Yang dah boleh duduk tanpa kusyen. Kerja Kak Yang memerlukan untuk Kak Yang banyak bersila di lantai. Kalau Kak Yang just alas dengan kain gitu je, memang sakit sangat la tulang tongkeng ku itu. Terseksa sungguh! Hanya selepas dua minggu, Kak Yang tak perlu duduk beralas lagi.

Bangun dari duduk bersila semakin ringan dan mudah. Kaki kebas tiada lagi. Cramps kejang betis tiada. Process membuang pagi-pagi sangat lancar!!

DUA BULAN BERSAMA AULORA PANTS, SUAMI TEGUR TAK SAKIT DAH KE SAYANG?

Kak Yang teruskan memakai Aulora Pants sehingga masuk bulan ke dua. Sedar tak sedar, sakit tongkeng dan rasa electric pada kaki tu hilang secara total! Ya! Tak sakit langsung dah. Sebenarnya, Kak Yang tak perasan pun dah tak sakit. Suami yang tegur. Katanya, “dah duduk seharian mengadap laptop tu, tak baring-baring pun, okay ke tu.” Masa ni la Kak Yang rasa “Eehhhhh tak sakit dah laaaa….”

Kak Yang pakai sehelai Aulora Pants almost setiap hari setiap malam selama 2 bulan. Kesannya, banyak ketidakselesaan tubuh Kak Yang hilang. Badan rasa lebih selesa, lebih segar, kurang letih dan bertenaga juga.

Masuk bulan ke tiga kot… Kak Yang beli lagi satu Aulora Pants untuk pakai 24jam pula. Seluar yang pertama tu hampir lunyai ku kerjakan ya!

Oh! Terlupa pula point penting ni!!! Selepas sebulan pakai Aulora Pants, Kak Yang lose 15kg tau! Part ni langsung Kak Yang tak sangka ya. Kak Yang pakai bukan sebab nak kurus pun. Kak Yang pakai sebab sakit tulang pinggul ku sahaja.

Mula dengan tak percaya. Akhirnya Kak Yang jatuh cinta! Alhamdulillah.

Kak Yang nak cakap kat sini adalah, terlalu ramai yang menggunakan Aulora Pants dengan penuh tidak percaya dan curiga. Ramai juga yang cuba Aulora Pants ini sebagai ikhtiar terakhir mereka untuk kembali sihat. Mereka pakai dengan penuh kesabaran dan istiqamah. Sehingga akhirnya mendapat kesan kesihatan yang lebih baik.

AULORA PANTS; CUBA DULU, PERCAYA KEMUDIAN!

Next post Kak Yang akan share secara fakta macam mana Aulora Pants ni berfungsi pada tubuh kita. Stay tune gaisss~~

Korang boleh tengok sini juga untuk fakta tentang Aulora Pants with Kodenshi Fiber ni juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *