Blog,  Lifestyle

Salam Perkenalan! :)

Assalamualaikum readers sekalian. Today is the first day I’m here in my own website. Setelah sekian lama nak buat, dok godek-godek hal website, akhirnya berjaya juga Kak Yang buat website ni.

Tujuan Kak Yang buat website antaranya adalah:

  1. Sharing apa sahaja yang Kak Yang rasa nak share. Banyak sharing Kak Yang bertemakan kesihatan secara menyeluruh. (Fizikal, Emosi, Spiritual)
  2. Sharing berkenaan products daripada BE International yang telah memberikan banyak manfaat pada Kak Yang sekeluarga.
  3. Memaksa diri menulis dan membaca. Kak Yang percaya aktiviti menulis adalah satu mental exercise yang sangat baik untuk menjaga kesejahteraan intelektual kita.

Siapa Kak Yang? Kenapa Kak Yang?

Nama diberi, Fahima Zabidi. Berkahwin dan sudah mempunyai dua orang anak. Sulong berusia 7 tahun, kedua berusia satu tahun 3 bulan. Alhamdulillah.

Kak Yang adalah graduan IIUM dalam bidang Psikologi. Minat Kak Yang yang mendalam untuk memahami Psikologi manusia khususnya daripada kanak-kanak sehingga dewasa, Kak Yang suka membaca buku-buku yang berkaitan. In sha Allah, akan Kak Yang share juga buku-buku bacaan Kak Yang ya. Soon, in sha Allah, Kak Yang plan nak sambung Master in Psychology in sha Allah. Doakan Kak Yang okay?!

Panggilan Kak Yang ni datang daripada arwah Mak. Selepas arwah pergi, panggilan ini turut hilang mengikuti beliau sehinggalah Kak Yang bertemu dengan jemaah pengajian yang Kak Yang ikuti. Di situ, kami semua ada panggilan masing-masing. Secara tiba-tiba panggilan “Kak Yang” itu kembali sinonim dengan diri ini.

What I’m doing for living?

Kak Yang stay at home mom. Sejak COVID, Kak Yang resign dan fokus pada anak-anak juga business kecil-kecilan yang Kak Yang ada. Kedai Kak Yang ada di platform Shopee dan Lazada. Kedai Kak Yang banyak jual barang makanan untuk kesihatan. Kak Yang memang suka hal-hal alternative meds, holistic approach, natural approach semua-semua approach la yang meminimakan keperluan Kak Yang dan keluarga daripada bergantung pada perubatan moden khususnya hospital. 😂

Selain daripada tu, Kak Yang juga ahli aktif di BE International. Sebuah syarikat MLM yang diasaskan oleh warganegara Malaysia dan bertapak di Malaysia juga. Kak Yang semakin serious berbusiness bersama BE Int. selepas Kak Yang melihat peluang yang BE sediakan untuk IBO. Rangkaian products BE juga sangat powerful dan telah banyak membantu kehidupan ramai orang.

Seterusnya, Kak Yang adalah home manager kepada putera puteri tersayang, Farish Haikal dan Asma Naimah.

Kak Yang stay di Kajang. Orang Kajang boleh hello hello ya.

Itu sahaja sedikit pengenalan diri Kak Yang. Nak tahu apa-apa tentang Kak Yang, komen je okay! Nanti Kak Yang reply.

Anyway~~~Selamat berkenalan gaissss~~~~

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *