BElixz – Slendglow ALL YOU NEED TO BURN MORE CALORIES
Di manakah BElixz SlendGlow dihasilkan?
BElixz SlendGlow dihasilkan di Jepun.
Adakah BElixz SlendGlow sesuai untuk vegetarian?
Ya. Ia sesuai untuk vegetarian. Namun, ia tidak sesuai untuk vegan kerana BElixz SlendGlow mengandungi laktosa yang berasal daripada susu lembu.
Bagaimanakah saya mengambil BElixz SlendGlow?
Ambil 1 paket (4 tablet) sekali sehari selepas makan.
Bilakah masa terbaik untuk mengambil BElixz SlendGlow?
Ia sesuai dimakan pada bila-bila masa sepanjang hari dan digalakkan diambil bersama dengan hidangan atau selepas makan.
Bagaimanakah saya boleh mencapai keputusan terbaik dengan BElixz SlendGlow?
Sekiranya anda mengikuti diet pemakanan sihat yang terkawal, hadkan pengambilan kalori harian anda dan bersenam secara kerap, anda akan mencapai matlamat dalam masa yang lebih singkat.
Perlukah saya bersenam untuk melihat hasilnya?
Seperti kebanyakan suplemen penurunan berat badan, produk ini sepatutnya diambil bersama dengan diet yang sihat dan senaman kerana ini adalah kaedah terbaik dan terbukti untuk menurunkan berat badan. Senaman dan pemakanan sihat adalah sangat penting untuk hasil yang optimum.
Sekiranya saya sensitif terhadap kafein, bolehkah saya mengambilnya?
Kami tidak mengesyorkannya untuk orang yang sensitif terhadap kafein kerana tahap hipersensitiviti terhadap kafein adalah berbeza bagi setiap orang; oleh itu, anda tidak digalakkan mengambil walaupun jumlah kafein yang terkandung di dalam BElixz SlendGlow adalah rendah.
Apakah amaran untuk produk ini?
- Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menggunakan produk ini sekiranya anda sedang mengambil ubat atau menghidapi sebarang penyakit.
- Tidak sesuai untuk ibu hamil dan menyusu.
- Jangan gunakan produk tersebut sekiranya mengalami sakit perut, loya atau muntah.
- Dinasihatkan diambil bersama dengan diet seimbang dan senaman tetap.