SPIRULINA – Nutrisi Lengkap

Apakah itu produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE?
BElixz SPIRULINA CHEWABLE ialah produk spirulina berkualiti tinggi, mengandungi 100% spirulina organik yang digunakan secara tradisional untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Produk ini ialah 100% semula jadi, mudah di hadam dan memiliki bioketersediaan yang tinggi untuk badan.
Apakah kebaikan pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE?
Spirulina merupakan makanan super yang terkenal kerana mengandungi lima nutrien utama (protein, lemak, karbohidrat, multivitamin dan mineral) serta empat jenis pigmen penting (fikosianin, klorofil, beta-karotena dan xantofil) yang memberikan manfaat untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Selain itu, spirulina juga memberikan manfaat antioksidan dan anti-radang yang sangat baik. Ia juga berperanan dalam detoksifikasi logam berat dan melindungi fungsi hati. Secara keseluruhannya, BElixz SPIRULINA CHEWABLE ialah produk suplemen yang ideal untuk melengkapkan keperluan nutrisi dalam pemakanan anda.
Bagaimanakah caranya untuk saya memasukkan pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE ke dalam pemakanan harian saya?
Untuk penjagaan kesihatan secara berterusan, anda disarankan untuk mengambil sebanyak enam (6) tablet, tiga (3) kali sehari. Mengambilnya sebelum atau selepas makanan dapat memberikan manfaat yang lebih baik kepada badan anda.
Apakah yang membezakan BElixz SPIRULINA CHEWABLE daripada produk yang lain?
BElixz SPIRULINA CHEWABLE yang disahkan sebagai produk organik dan 100% semula jadi, telah dihasilkan di negara Jepun. Bagi menjamin kawalan kualiti tertinggi dalam penghasilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE, keseluruhan proses pembuatannya, bermula daripada penanaman sehingga ke pembungkusan akhir, telah mematuhi piawaian amalan pengilangan baik (atau GMP) yang sangat ketat. Setiap kumpulan penghasilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE telah menjalani ujian kawalan kualiti yang ketat demi memastikan kualitinya, yang selamat untuk diambil dan bebas daripada pencemaran bahan biologi, kimia, logam berat, racun perosak dan bukan organik.
Oleh itu, adalah sangat penting untuk memilih jenama produk spirulina yang mempunyai reputasi terbaik kerana spirulina yang tumbuh liar berisiko mampu menyerap toksin daripada air, termasuk mikrosistin (yang berpotensi menyebabkan kerosakan hati yang serius), bahan pencemar serta logam berat seperti plumbum, merkuri, dan arsenik yang boleh membahayakan kesihatan.
Siapakah golongan yang perlu berwaspada sekiranya mempertimbangkan untuk mengambil produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE?
- Individu yang mempunyai keadaan genetik fenilketonuria (PKU) perlu mengelakkan pengambilan spirulina kerana badan mereka menghadapi kesukaran untuk memetabolismekan fenilalanina asid amino. Ini kerana spirulina mengandungi pelbagai jenis asid amino, termasuk fenilalanina.
- Individu yang menghidap penyakit autoimun, termasuk sklerosis berbilang, artritis reumatoid, atau lupus perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.
- Mereka yang mempunyai masalah tiroid perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang suplemen kesihatan.
Adakah BElixz SPIRULINA CHEWABLE HALAL disahkan sebagai produk HALAL?
Produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE telah memperoleh pengesahan HALAL daripada Nippon Asia Halal Association (NAHA).
Adakah pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE secara kerap boleh menyebabkan masalah kebergantungan?
Tidak. Spirulina merupakan sumber nutrien semula jadi yang setanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan yang kerap tidak akan membebankan badan atau menyebabkan kebergantungan, walaupun pada pengambilan jangka panjang.
Adakah pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE selamat untuk wanita hamil atau yang sedang menyusukan anak?
Spirulina merupakan suplemen berkhasiat yang kaya dengan pelbagai nutrien penting (seperti protein yang mudah di hadam, asid lemak perlu, vitamin dan mineral) dan telah dikaji secara meluas untuk manfaat kesihatannya. Namun, masih terdapat kekurangan data yang komprehensif mengenai keselamatan penggunaannya kepada wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak. Oleh itu, adalah disarankan wanita hamil atau wanita yang menyusukan anak untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk ini.
Apakah had umur minimum untuk pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE?
BElixz SPIRULINA CHEWABLE hadir dalam bentuk tablet kunyah. Kanak-kanak yang mampu mengunyah dengan baik boleh mengambil produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE di bawah pengawasan ibu bapa mereka. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghancurkan/memecahkan tablet tersebut menjadi serbuk dan mencampurkannya ke dalam makanan.
Adakah produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE sesuai untuk vegan atau vegetarian?
Spirulina (atau Arthrospira platensis), yang dikenali sebagai alga biru-hijau atau cyanobacterium, adalah kaya dengan protein dan pelbagai jenis nutrien lain. Ia merupakan salah satu sumber tambahan makanan semula jadi yang terbaik, terutama bagi individu yang mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan.
Bagaimanakah cara pengambilan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE sekiranya saya sedang mengambil sebarang ubat yang dipreskripsikan oleh doktor?
Adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil spirulina bersama dengan ubat-ubatan lain secara serentak. Sebaliknya, ia perlu diambil mengikut selang waktu yang berbeza antara pengambilan spirulina dengan ubat-ubatan lain.
Bolehkah saya menggabungkan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE dengan makanan lain?
Ya. Anda boleh mencampurkan produk BElixz SPIRULINA CHEWABLE dengan makanan lain untuk memanfaatkan kebaikannya dengan pelbagai cara yang berbeza, seperti menambahnya ke dalam minuman smoothie, milkshake, atau dalam makanan seperti bubur, salad dan lain-lain.


