-
AULORA DULU BARU BELIXZ
Kenapa Mesti Aulora Dulu Sebelum BElixz?
Saya yakin sekarang Aulora dan Belixz semakin dikenali ramai. Kedua-dua produk hebat ini adalah dari syarikat BE International. Aulora terkenal dengan Aulora Pants yang sudah pun viral di social media. Sementara BElixz pula adalah rangkaian functional food yang penuh dengan manfaat kesihatan.
Tapi, pernah tak terfikir kenapa ramai yang mencadangkan untuk mula dengan Aulora dulu sebelum ambil BElixz? Jom saya terangkan kenapa Aulora dulu baru Belixz.
1. Nutrien Diserap Lebih Efektif!
Bayangkan tubuh kita ni macam satu sistem pengangkutan. Kalau jalan raya sesak, mesti susah nak sampai ke destinasi, kan? Samalah dengan nutrien yang kita ambil dari suplemen atau maknan harian. Aulora, terutamanya Aulora Pants, bantu lancarkan peredaran darah dalam badan kita. Bila darah kita mengalir dengan lancar, nutrien dari functional food BElixz boleh sampai ke organ dan sel yang memerlukannya dengan lebih pantas dan efektif. Jadi, suplemen BElixz yang kita ambil tak akan tersia-sia.
2. Organ Berfungsi dengan Lebih Baik
Aulora bukan sekadar buat kita rasa lebih bertenaga, tapi juga membantu organ kita berfungsi dengan lebih baik. Organ seperti hati, ginjal, dan usus memerlukan oksigen dan nutrien yang mencukupi untuk berfungsi secara optimum. Dengan peredaran darah yang lancar, organ-organ ini akan lebih bersedia untuk memproses dan menyerap nutrien dari suplemen BElixz. Ibaratnya macam kita bagi organ kita ‘warm-up’ dulu sebelum bagi tugas besar kepada mereka.
3. Kesan BElixz Lebih Mantap!
Siapa yang tak nak kesan suplemen yang kita ambil jadi lebih berkesan, kan? Dengan bantuan Aulora, BElixz yang kita ambil akan bekerja dengan lebih baik dalam tubuh kita. Ini kerana peredaran darah yang baik membantu semua bahan aktif dari BElixz diserap dan digunakan sepenuhnya oleh tubuh. Hasilnya, kesan suplemen akan jadi lebih mantap, dan kita pun dapat lebih banyak manfaat dari apa yang kita ambil.
4. Singkir Toksin dengan Cepat
Salah satu tugas utama darah adalah mengangkut bahan buangan dan toksin keluar dari tubuh kita? Dengan bantuan Aulora, peredaran darah yang lebih lancar memudahkan proses penyingkiran toksin ini. Ini penting sebelum kita mula ambil suplemen BElixz kerana tubuh yang bersih dari toksin lebih mudah menerima dan memproses nutrien baru. Jadi, suplemen BElixz boleh fokus pada memberikan manfaat kesihatan yang kita inginkan, tanpa gangguan dari toksin yang belum dibuang.
5. Kurang Risiko Kesan Sampingan
Bila kita pastikan tubuh kita berada dalam keadaan terbaik dengan bantuan Aulora, risiko untuk mengalami kesan sampingan bila mula ambil suplemen BElixz pun akan berkurang. Tubuh yang sihat dan peredaran darah yang lancar akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan suplemen baru. Jadi, kita boleh mulakan rejimen kesihatan dengan lebih yakin, tanpa perlu risau sangat tentang tindak balas yang tidak diingini.
Kesimpulan: Mulakan dengan Aulora untuk Kesihatan yang Lebih Menyeluruh
Jadi, itulah sebabnya kenapa ramai yang sarankan untuk mula dengan Aulora sebelum ambil suplemen BElixz. Aulora membantu menyediakan tubuh kita, memastikan ia bersedia untuk menerima semua kebaikan dari suplemen yang kita ambil. Ia seperti meletakkan asas yang kukuh sebelum kita membina rumah yang indah – hasilnya pasti lebih baik dan lebih tahan lama.
Kalau anda tengah fikir nak mula dengan BElixz atau Aulora, cuba fikirkan manfaat yang Aulora boleh bawa dulu. Anda mungkin akan terkejut dengan hasilnya!
Kalau ada apa-apa soalan atau nak share pengalaman, jangan segan-segan untuk komen di bawah. Saya sedia nak sembang dengan anda! 😊
-
KODENSHI FIBER MEDIUM FAR-INFRARED
APA ITU FIBER KODENSHI?
Fiber Kodenshi ialah sejenis teknologi canggih daripada Jepun yang berusia 25 tahun. Saiz Fiber Kodenshi yang sangat halus (berdiameter 0.33um) ini telah membolehkannya meningkatkan kadar penyerapan sinar inframerah jarak jauh atau lebih familiar dikenali sebagai Far InfraRed (FIR).
BAGAIMANA FIBER KODENSHI BERFUNGSI?
Fiber Kodenshi menyerap haba dari suhu badan pemakainya sebelum membebaskan semula FIR lalu memberi keselesaan dan kehangatan kepada pemakai.
Dalam bahasa mudahnya ialah, Fiber Kodensi ini memantulkan semula suhu tubuh badan pemakai kepada kulit pemakai. Dengan proses ini, pemakai akan mendapat pelbagai jenis manfaat kesihatan.

Teknologi Fiber Kodenshi
Serap dan Pantul Semula Far-Infrared pada Kulit PemakaiRadiasi Far-infrared ini akan menembusi lapisan kulit dan sampai ke lapisan lemak. Kemampuan menembusi kulit ini semestinya memberi pelbagai manfaat kepada tubuh badan. Seluruh sel dan tissue dalam tubuh badan akan bertindak balas dengan far-infrared lalu memberikan kesan kesihatan secara menyeluruh.
Antara yang terpaling utama, pemakaian far-infrared garment ini membantu tindak balas tubuh dalam prosess perkumuhan.
Jom fahami dengan lebih lanjut tentang Fiber Kodenshi ini!
Zarah kodenshi yang sangat halus memaksimakan kemampuan menyerap far-infrared seterusnya memantulkan semula pada kulit lalu menembusi lapisan kulit sehingga lemak.
Teknologi Kodenshi penyumbang terbesar pada pemakaian far-infrared Kak Yang rasa penerangan Kak Yang ini mungkin tak berapa jelas untuk posting ini. Di sini, Kak Yang cuba highlightkan beberapa point penting berkenaan Fiber Kodenshi ini.
- Fiber Kodensi ini adalah berasaskan ceramic yang sangat halus. Iaitu bersaiz (0.33um).
- Kerana kehalusan Fiber Kodenshi ini, ia mempunyai kemampuan untuk menyerap sinaran far-infrered.
- Pakaian far-infrared dijayakan selepas teknologi Fiber Kodenshi ini ditemui.
- Teknologi Kodenshi ini berasal dari Jepun telah berusia lebih 25 tahun!
- Tujuan utama Fiber Kodensi ini adalah untuk memberikan manfaat far-infrared kepada manusia pada tahap semaksimumnya!
Kiranya, Kodenshi ini adalah medium untuk membawa far-infrared.
Stay tune!!
-
FAR-INFRARED / SINARAN INFRA-MERAH JARAK JAUH
APA ITU FAR-INFRARED (FIR)?
Far Infrared adalah cahaya yang ada dalam spetrum cahaya sekeliling kita. Dalam spektrum cahaya infrared ini pula terbahagi kepada tiga kategori: near, middle dan far.

Far Infrared adalah cahaya yang tidak dapat dilihat dan mempunyai wavelength yang tinggi Far Infrared adalah cahaya yang paling hujung dalam spektrum cahaya. Far infrared juga yang paling banyak dikaji bagi tujuan biological healing.
BILAKAH MASA YANG PALING OPTIMUM MENDAPATKAN FAR INFRARED SECARA SEMULA JADI?
1. Waktu pagi jam 7am – 9.30am.
2. Waktu senja jam 6pm – 7.45pm.
3. Waktu bulan mengambang – setiap 15 haribulan mengikut kalendar Islam.
APAKAH MANFAAT FAR INFRARED?
- Far infrared adalah cahaya yang bersifat merawat.
- Far infrared mampu menembusi kulit sehingga lapisan yang dalam iaitu lemak.
- Meransang sistem imun badan.
- Meransang otot untuk menghasilkan lebih banyak collagen. Collagen diperlukan untuk membaiki tissue badan.
- Mengurangkan keradangan.
- Melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan.
- Meredakan ketegangan saraf.
- Merawat kecederaan dalaman dan luaran.
- Mengurangkan rasa cepat penat.
- Bertindak bagaikan charger yang membekalkan tenaga pada tubuh badan.
- Memberi kesan seakan-akan grounding pada tanah.
- Menguatkan usus.
- Manfaat regenerasi (pertumbuhan semula) salur darah dan saraf baharu.
- Menigkatkan penghasilan nitrik oxide.
- Meningkatkan kualiti tidur.

Jika hendak disenaraikan kebaikan far infrared ini, rasanya list ini akan jauh lebih panjang lagi. Kak Yang merasakan far infrared ini adalah salah satu anugerah Allah kepada sekalian makhluknya. Terlalu menakjubkan!
Kerana ramai sudah menyedari kebaikan far infrared, maka sekarang di spa spa kecantikan, pusat rawatan physio, chiro, banyak menggunakan cahaya far infrared ini. Biasa dengar tentang infra red sauna?
Bayangkan jika kita boleh mendapat manfaat far infrared ini sepanjang masa. 24 jam tanpa henti. Oleh sebab kesedaran ini, akhirnya kini kita telah mempunyai far infrared cloth. Ya! Pakaian far infrared.
Jom kita kenali AULORA Series by BEintl.
1🔅Aulora adalah pakaian berteknologi tinggi , dari Jepun, yang memberikan terapi kesihatan.
2🔅 Terapi tersebut adalah terapi far infrared.
3🔅Far infrared adalah sejenis gelombang semulajadi (natural), sebahagian dari spektrum matahari, yg mempunyai khasiat2 yg menyokong kesihatan dan penyembuhan.
4🔅Nama ringkas, gelombang far infrared = FIR
5🔅Teknologi terkini, membolehkan Gelombang FIR diserap ke dlm ceramics khas (Kodenshi).
6🔅Ceramics ni kemudian dihaluskan sgt2 halus.. sekecil 0.3 micron.
7🔅Kemudian ceramics halus ini disebatikan dengan serat2 benang khas.
8🔅Serat yg dah disebatikan dengan ceramics khas ni dinamakan KODENSHI FIBER
9🔅Fiber ni kemudian ditenun dan dijadikan pakaian.
10🔅Pakaian ni kita pakai.
11🔅 Bila kita pakai Dan bersentuhan dengan kulit, pakaian tersebut menyerap haba dari badan pemakai
12🔅Dari haba tersebut ceramics halus tadi diaktifkan, dan pantulkan balik FIR kepada pemakai
13🔅 Gelombang FIR tersebut tembus kira2 4cm ke dlm badan kita (pemakai)
14🔅Teknologi pada pakaian Aulora selain ada ceramics khas (selalunya ceramic oxide, mungkin juga ada germanium oxide, zirconium oxide) ia juga mengandungi teknologi melibatkan penggunaan titanium dan platinum.
15🔅Tenunan dan design (rekabentuk) diusahakan supaya sangat selesa pada pemakai, antibau, hygienic, pada masa yg sama sgt functional, menyokong fisiologi tubuh.
16🔅Keselesaan penting, supaya boleh pakai dengan mudah, dan istiqamah, utk memberikan waktu supaya proses healing dan detox berlaku.
17🔅 Terapi dengan aulora BERPOTENSI meringankan pelbagai jenis penyakit Dan membebaskan kita dari bergantung kepada ubat2an kimia sintetik atau pun mengurangkan penggunaan ubatan sintetik yg selalu memberikan kesan sampingan yang tidak diingini.

Healthy Leg = Healthy Body Improve blood circulation 



Ergonomic design for women 
Ergonomic design for men 



PENGALAMAN MENGGUNAKAN AULORA.
Kak Yang merupakan pengguna Aulora pants bermula bulan March 2023. Punca pakai adalah Kak Yang mengalami masalah tak boleh duduk lama, duduk mesti berlapik, sakit bahagian tulang pinggul, rasa tak sedap pada perut. Keadaan Kak Yang menjadi lebih teruk selepas melahirkan anak.
Sebelum bersalin pun dah sakit dah. Sebab Kak Yang dulu suka buat kerja berat-berat dan selalu jatuh terduduk. Sehingga umur 20an pun pernah jatuh terduduk. Cuma pada zaman muda mudi mana la kita nak pesoh sangat. Tubuh masih kuat mana nak rasa sakitnya itu.
Selepas bersalin, semuanya berubah…
Masa ni kakak memperkenalkan Aulora. Kak Yang memulakan dengan penuh sceptical dan syak wasangka! Tak faham macam mana pakai seluar ketat boleh sembuh. Tapi, sebab kakak beriya sungguh nak tengok Kak Yang sihat, Kak Yang consistent pakai Aulora pants selama lebih kurang 2 bulan straight.
Perbezaan semasa pakai Aulora
Minggu pertama pakai, Kak Yang rasa hangat pada kaki. Rasa suam-suam. Biasanya kaki Kak Yang sentiasa la sejuk, selalu berselimut. Minggu pertama Kak Yang pakai, rasa suam dan rasa ada ‘sesuatu’ bergerak pada kaki. Tak la terlalu disturbing, cuma memang rasa kelainannya.
Selain itu, Kak Yang rasa mengantuk teramat sangat sehingga Kak Yang decide untuk pakai pada malam hari sahaja. Seawal jam 9 malam Kak Yang dah light off dan tidur. Walaupun ada baby yang menyusu di malam hari, Kak Yang akan terjaga at least sekali sepanjang malam, bangun pagi pada keesokkan harinya Kak Yang segar, tak rasa lemau, yang lebih penting, tapak kaki Kak Yang tak ngilu nak pijak lantai.
Masuk minggu ke 4, Kak Yang tiba-tiba tersedar Kak Yang dah boleh duduk buat kerja office tanpa rasa sakit punggung lagi. Duduk tak berlapik pun tak de masalah dah. Masa ni Kak Yang dah pakai almost 24 hours. Siang pakai, malam pun pakai. Sakit yang berbulan lamanya itu Alhamdulillah berkurang dan almost rasanya seperti tiada sakit lagi.
Masa ni rasa happy betul sebab kualiti hidup tu dah macam kembali semula. Nak berjalan, berdiri, duduk, rasa sangat mudah dan lancar. Flexibility juga membaik dengan jayanya!
Kak Yang terus consistent masuk bulan ke 2. Tanpa disangka-sangka, Kak Yang turun berat badan pula. Sebanyak 8,5kg. Selepas bersalin, berat turun. Tapi tak sebanyak yang sepatutnya. Masa ni memang nampak beza. Perut lebih kejap, kaki lebih kecil, strechmarks and cellulites semakin memudar. Seluar dan baju masa kurus dah boleh pakai semula.
Selepas merasai sendiri manfaat far infrared ini, Kak Yang decide untuk share pada semua. Kak Yang rasa ramai yang memerlukan.
Sebenarnya, Kak Yang dah berhabis ribuan ringgit untuk masalah sakit punggung selepas bersalin ini. Chiro, painkiller, physio, urutan, acupunture, macam-macam Kak Yang dah buat. Memang melegakan. Tetapi hanya sekejap… Nanti sakit, kena repeat lagi rawatan. Lagi lagi lagi dan lagi.
Bertemu dengan Aulora ini bagaikan satu rahmat! Sekarang, Kak Yang lebih menghargai nilai sihat itu.
Berminat mendapatkan Aulora?
Click je icon whatsapp tu ya. Kak Yang akan bantu sebaik mungkin untuk consult. In sha Allah, Kak Yang akan try bantu dan suggest sebaik mungkin.