BElixz Functional Food,  Slendezmeals

BElixz – BElixz SlendezMeal ALL YOU NEED TO KNOW ABOUT MEAL REPLACEMENT

BElixz SlendezMeal sesuai untuk siapa?​

Secara amnya, semua orang boleh mendapat manfaat BElixz Slendezmeal. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang paling bermanfaat daripadanya. Ia sangat baik untuk individu yang senantiasa sibuk dan tidak mempunyai masa untuk mengambil hidangan yang betul kerana BElixz SlendezMeal bertindak sebagai pengganti makanan berkhasiat untuk mereka. Ia boleh tersedia dan dimakan dalam masa beberapa minit.

Selain itu, ia juga amat berkhasiat untuk mereka yang ingin mengekalkan berat badan yang sihat. Atlet boleh menikmati BElixz SlendezMeal untuk meningkatkan tahap tenaga dan daya tahan mereka juga!

Bagaimana saya mengambil BElixz SlendezMeal?​

Kaedah yang kami syorkan adalah mencampurkan 1 paket BElixz SlendezMeal dengan 250ml air suam dan goncangkan di dalam sebuah penggoncang sebelum minumnya. Anda boleh menambah buah-buahan atau sayur-sayuran segar kegemaran anda bersesuaian dengan citarasa peribadi anda.

Bolehkah BElixz SlendezMeal digunakan sebagai makanan tambahan protein?​

Walaupun BElixz SlendezMeal mengandungi jumlah protein yang baik, ia tidak mempunyai kandungan yang sama dengan makanan tambahan protein yang sebenarnya. Sekiranya anda ingin mengambil BElixz SlendezMeal dan membina lebih banyak otot pada masa yang sama, anda boleh menambah serbuk protein anda sendiri untuk meningkatkan pengambilan protein anda. Ini adalah kerana BElixz SlendezMeal merupakan sejenis penggantian makanan yang seimbang di mana setiap ramuan dikira dan diedarkan secara sempurna

Bolehkah kanak-kanak dan wanita mengandung mengambil BElixz SlendezMeal?​

Ya, semua orang boleh menikmati manfaat pemakanan seimbang dari BElixz Slendezmeal. Walau bagaimanapun, kanak-kanak dan wanita hamil memerlukan lebih banyak nutrien daripada individu yang lain untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan yang stabil. Oleh itu adalah disyorkan agar kanak-kanak dan ibu mengandung mengambil makanan yang betul, segar dan seimbang.

Saya mengalami intoleransi laktosa. Boleh saya mengambil BElixz SlendezMeal juga?​

Ya. BElixz SlendezMeal tidak mengandungi sebarang komponen laktosa.

Saya seorang vegetarian/vegan, bolehkah saya mengambil BElixz SlendezMeal?​

Ya, BElixz SlendezMeal tidak mengandungi sebarang produk daging.

Berapakah jumlah kandungan kalori di dalam sepaket BElixz SlendezMeal?​

BElixz SlendezMeal membekalkan 133Kcal per paket.

Dari manakah BElixz SlendezMeal berasal? Adakah ia sejenis produk import?​

BElixz SlendezMeal dihasilkan di Malaysia. Walau bagaimanapun, ramuan utamanya bersumber dari Amerika Syarikat dan Jerman.

Berapa paket terdapat di dalam sekotak BElixz SlendezMeal?​

Setiap kotak BElixz SlendezMeal mengandungi 15 paket (40g).

Adakah BElixz SlendezMeal sesuai untuk mereka dengan asid urik tinggi atau gout?​

BElixz SlendezMeal hanya mengandungi pelbagai biji-bijian dan kacang, dan umumnya selamat untuk mereka dengan asid urik yang tinggi atau gout. Kami mengesyorkan untuk mengambil satu paket BElixz SlendezMeal sebagai sarapan pagi yang sihat dan padat nutrien.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *