Shiruto fun fact
BElixz Functional Food,  Shiruto

BElixz – Shiruto ALL YOU NEED TO KNOW

Mengapa saya harus memilih BElixz SHIRUTO?​

BElixz SHIRUTO dirumus dengan bahan aktif IP-PA1 yang sangat berkesan dan unik serta nutrien sinergi seperti Vitamin C dan beta-glukan untuk menyokong kesihatan keseluruhan.

Apakah ramuan di dalam setiap paket BElixz SHIRUTO?​

BElixz SHIRUTO bukan hanya sarat dengan IP-PA1, tetapi juga campuran proprietary nutrien berfungsi yang membantu anda menjaga kesihatan yang optimum.

Adakah BElixz SHIRUTO selamat untuk dimakan oleh vegan, vegetarian dan Muslim?​

Ya. BElixz SHIRUTO ialah makanan berfungsi 100% berasaskan tumbuhan yang disahkan HALAL oleh Nippon Asia Halal Association (NAHA) – sebuah badan perakuan Halal dari Jepun yang diiktiraf oleh JAKIM.

BElixz SHIRUTO berasal dari mana?​

BElixz SHIRUTO dihasilkan dan diimport dari Jepun, dan diiktiraf dengan 2019 Malaysia Health & Wellness Brand Award.

Pada usia berapakah seorang kanak-kanak boleh bermula mengambil BElixz SHIRUTO, dan apakah dos yang sesuai untuk mereka?​

Kanak-kanak berumur tiga tahun dan ke atas boleh bermula mengambil BElixz SHIRUTO. Dos yang disyorkan ialah satu paket sehari untuk kesejahteraan umum.

Bolehkah mereka yang alah terhadap produk gandum atau menderitai intolerans gluten mengambil BElixz SHIRUTO?​

BElixz SHIRUTO hanya mengandungi ekstrak gandum tertapai dan bahan-bahan yang lain telah diuji dan diluluskan sebagai bebas gluten. Mereka yang alah terhadap produk gandum atau mempunyai intolerans gluten boleh cuba mengambil satu paket BElixz SHIRUTO setiap hari. Sekiranya tiada reaksi yang buruk, anda secara beransur-ansur boleh meningkat kepada dos yang disyorkan.

Bolehkah pesakit barah mengambil BElixz SHIRUTO sebagai sejenis makanan berfungsi untuk menyokong kesihatan?​

Pesakit barah harus mendapatkan nasihat daripada doktor mereka sekiranya mereka mahu mengambil BElixz SHIRUTO. Ini adalah kerana bagi sebilangan rawatan barah, pesakit adalah dilarang daripada mengambil produk kesihatan atau makanan yang mengandungi antioksidan.

Dengan persetujuan doktor, BElixz SHIRUTO boleh digunakan untuk menyokong kesejahteraan umum pesakit barah.

Bolehkah BElixz SHIRUTO dimakan ketika menjalani rawatan perubatan?

Ya. Untuk hasil terbaik, anda seharusnya mengambil BElixz SHIRUTO sekurang-kurangnya DUA jam sebelum atau selepas mengambil ubat anda untuk memastikan badan anda memanfaatkan sepenuhnya BElixz SHIRUTO serta ubat anda. Adalah terbaik untuk berbincang dengan doktor anda jika anda ingin mengambil BElixz SHIRUTO bersama dengan ubat anda.

Bolehkah mereka yang menderitai G6PD mengambil BElixz SHIRUTO?

Ya, ia adalah sesuai untuk mereka yang menderitai G6PD normal kerana ia membantu menyokong badan yang lebih sihat tanpa menjejaskan gejala G6PD. Walau bagaimanapun, mereka yang mengalami G6PD serius harus berunding dengan doctor atau penyelia jagaan kesihatan untuk mengesahkan sama ada dinasihatkan untuk mengambil BElixz SHIRUTO atau tidak.

Bolehkah wanita hamil mengambil BElixz SHIRUTO?​

Ya. Anda boleh mengambil BElixz SHIRUTO untuk menyokong kesejahteraan umum anda selagi anda tidak mempunyai reaksi alergi terhadap mana-mana ramuannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *